Jam 3 Pagi. Wahhh hari ni kebetulan lewat lelap matanya. Gatal-gatal tangan tekan ONLINE. Tiba-tiba Lip Lap Lip Lap Lip Lap ... skrin telefon berjoget. Skrin ditekan. Job diterima. Lokasi pickup Pacific Perai ( Lucky Strike Cafe ... ).
Bila petanda ada request baru dari rider yang perlukan perkhidmatan penghantaran UBER diterima Pemandu UBER Penang bersiap sedia Dari dalam kediaman bersiap untuk pickup. SMS dihantar menantikan respond rider.
Keting Keting Keting ... SMS balas diterima. Lokasi dituju Taman Mawar. Melihat kepada alamat rasanya sudah beberapa kali sampai. Peta laluan dah dalam kepala.
Tiba dilokasi pickup, admin confius. "Kenapalah pula ramai sangat org ?. Berapa ramai orang yang nak dibawa ?. Selak punye selak. Tengok kepada request >>> UBERX je. Kenapa ramai sangat ?
Tak semena kenderaan dilambai seorang anak muda Melayu. Menyapa dengan bertana ... " UBER ke ?". Kenderaan diberhentikan dihadapan cafe. Beritahu anak muda Melayu tersebut. " Tunggu sat ye ..., Dia tengah bayar. " . Siapa yang ditunggu ?. Siapa yang tengah bayar ?.
Akhirnya turun melalui tangga dari kaunter pembayaran seorang lagi anak muda. Kali ini berbangsa Cina. Dalam hati "Apa agaknya try malam/pagi nie ?. ". Alhamdulillah. Semua ok dan RK hanya ingin balik ke rumah.
Sampai selamat semuanya berjalan lancar.
Terima kasih dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.