Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.
Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.
Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.
Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti berita disebar,
Minta kawan buat komentar
Lambat dibalas hati tak sabar.
Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.
Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.
Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.
Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.
Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan...
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan jaga ucapan...
Sekadar ini seloka diberi,
Harap ada yang ambil perhati,
Jangan terasa diri diperli,
Hanya sekadar menghibur hati.
.
.
.
Dapatkan Perjalanan Percuma Bila Anda Mendaftar Sebagai Pengguna BARU Sistem UBER.
FREE Uber ride ( up to MYR10 ). To claim your free gift, sign up using this link:
https://www.uber.com/invite/jm9mfwqcue
Kepada yang berminat untuk menjana pendapatan dengan memandu UBER, silalah KLIK LINK berikut untuk teruskan. Nanti admin guide satu persatu.
I make great money driving with Uber and I think you'd love it too. Get details:
https://partners.uber.com/i/peexentgk
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.