UBERX = 4 Kapasiti ( 5 Maksima & Tak Digalakkan ). UBERXl = 6 Kapasiti ( 7 Maksima & Tak Digalakkan ).
Sebenarnya admin juga tahu dan mereka juga menyedari. Kapasiti maksima kenderaan adalah satu undang-undang. Namun, terkadang hati rasa kasihan "someone need the help".
Ini kali pertama Pemandu UBER Penang membenarkan penumpang dengan kapasiti maksima. Admin sedar tentang kesalahan ini tetapi jarak yang diminta untuk dipenuhi tak sampai pun 5 kilometer.
Berat hati tapi membenarkan juga. Pesanan ini buat mereka yang terlibat dan diri sendiri juga. Jangan diamalkan kerana ianya adalah sangat tak berbaloi.
Apapun terima kasih kerana masih sudi dan ini adalah kali pertama dan terakhir. Bukan menidakkan hak tapi menjaga dan mempastikan keselamatan semua adalah ditahap paling maksima.
Kalau tidak ianya akan menjadi suatu kebiasaan. Dan kebiasaan itu adakalanya membinasakan. Semoga sama-sama kita beringat demi sebuah perkenalan yang kekal abadi.
Terima kasih menggunakan perkhidmatan penghantaran UBER bersama Pemandu UBER Penang. Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.
Jangan Serik sampai Ke Jannah.
Telegram / Whatsapp / Wechat DLL untuk trip-trip yang akan datang dan jangan biasakan guna kapasiti maksima.
Menolak itu amat menyegankan
Menerima itu bagai terpaksa
Selamat malam semua anak-anak kesayangan Mara
Jumpa dan Jumpalah Lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.