Terkini :

Wednesday, November 13, 2019

Luahan Budak Henna RM5 Sebelah Tangan



AKU SALUT BUDAK HENNA NI. USIA DIA MUDA. AZAM DIA KUAT. SEMANGAT DIA KENTAL. WALAU DIA DIUJI. DIA TETAP BUAT ... #SupportOrangKita | BUKIT Changgang Kuala Langat !

Ini nukilan asal si dia buat si pendengki yang berhati kurang bersih 🤣🤣🤣

Nama saya mar . Saya mula buat henna umur 16 tahun . Bermula buka booth henna dkt morib. Tapi waktu tu masuk secara haram sebab kerja dgn sOopadoopa so menyelit buka table 🤣 nasib baik organizer tak perasan hihi . Mula2 nak buka booth panjang barang niaga mak abah . Mak abah saya meniaga pasar malam jual air soya taufufa keropok lekor dll. (Yang tahu je tahu) kadang ada ruang saya menyelit buat henna dkt hujung table niaga mak abah . Dapat income sikit2 dah Happy ! Boleh beli topap . 

Sampai lah umur 18tahun saya slow2 beli barang meniaga sendiri . Berani buka booth secara official  dan halal ye 🤣 bayar tapak mcm org lain . Saya suka masuk karnival sbb harga tapak berbaloi dgn income masuk sehari . Waktu tu sayalah vendor termuda yg berani masuk karnival tanpa share tapak dgn sesiapa. Tapi masih dapat untung . Hasil berpanas dan doa family . 

Sampai saya umur 20 tahun komitmen makin bertambah . Kawan2 semua masih di universiti . Saya pilih untuk bantu mak abah . Ringankan beban mak abah . Saya kerja keras untuk belikan pakaian untuk mak abah . Saya tahu kalau kita merajakan orang tua kita Allah akan merajakan rezeki kita inshaallah.. selalu saya buka booth jauh2. Job pengantin jauh2. Kalau penat sangat tidur dalam kereta . Tidur rumah kawan . Kereta rosak tengah malam dkt jalan pun tak bagitahu family sbb taknak mak risau . Handle sendiri masalah . Sampai lah family bagi kepercayaan dkt mar supaya jaga diri sendiri dan pandai bawa diri . 

Dan pada suatu hari mak baca iklan dkt fb page ni ada karnival dkt dataran sadiman . Mak happy sangat waktu tu ! Mak suruh masuk meniaga . Sebab dekat dgn rumah . Mak boleh datang hari2 . Dan kalau lah korang semua boleh rasa apa aku rasa . Dia datang bawakan makanan . Malam pun dia dtg bawakan nasi goreng . Aku buat ini untuk mak . 

Tapi.. lepas je viral.. semuanya berubah . Hari sabtu je income meletop . Saya tak bising or merungut pasal harga tapak . Saya mmg maklum harga sewa . Sebab memang selalu join karnival . Kalini Tapak mahal pun saya masih buat harga henna RM5 sebelah tangan . Mak nak datang saya tak bagi . Suruh dia rehat je . Taknak mak sedih sebab takda org pakai henna. Saya datang dari pukul 12tengahari sampai 12 tengah malam . Saya masih bersabar dan bertahan walaupun pukul 8malam saya baru dapat rm5 . Saya kena dptkan rm50 untuk balik modal tapak sehari . 

Berbaki lagi 4 hari ni siapa nak pakai henna boleh datang bawa anak bini ❤️ kepada si batu api : puas tak hati korang ? Saya salah sorang penduduk bukit changgang yang meniaga dkt situ . Puas tak tengok keadaan dkt sana ? Saya tak salah kan sesiapa . Tapi seronok tak dah viral ? Awak boikot sebab “orang luar” tapi awak tahu tak ada orang kampung awak meniaga dkt situ jugak ? Budak tu hidup mati dia untuk orang tua dia . Apa dosa saya dkt awak ? Saya bayar tapak meniaga sama mcm peniaga lain . Semua peniaga karnival tu kena tempias . Termasuk saya . 

Tergamak kan awak ? 
Cuba kalau jadi dkt keluarga sendiri . 
Zaman sekarang senang sangat nak menjatuhkan orang . 

Sekarang semua dah jadi mcm apa yg awak nak . Mungkin ada hikmah . Allah nak bagi saya pahala lebih . Awak yg mulut jahat tangan jahat menaip tu tak takut ke ? Saya buat henna dkt karnival tu . Kepada makcik yang viralkan , saya teringin nak jumpa awak. Kalau rasa nak bersua muka boleh datang terus booth saya . Borak2 . Taknak pakai henna pun takpa . Saya suka orang singgah booth saya . Terima kasih.. ❤️❤️❤️❤️ Sekian luahan hati si budak henna ✨

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.