Terkini :

Sunday, November 13, 2016

Ini Trip Kali Pertama Warga Vietnam

Sebenarnya admin nak buat passport. Selepas hantar regular di belah Island, Pemandu UBER Penang sepertimana selalunya dengan selamba katak akan mematikan aplikasi untuk trip pulang tangan kosong.

Admin tak layan belah pulau. Kalau ada admin masuk dan admin tak kan stay di dalam pulau untuk pulun job belah sana.

Bukan berlagak tapi admin ni ngeri bila ada dalam pulau. Serba serbi semua tak kena jadi cara terbaik adalah pulang tangan kosong untuk sambung mengUBER di sebelah tanah besar ( Seberang Perai ).

Setibanya ke susur keluar Bukit Mertajam, teknik biasa digunakan ... ahaks. Teknik apa ?. Teknik buka aplikasi UBER. Pelik ? Biarlah ...

Aplikasi dibuka. Laluan diset ke Pejabat Imigresen Pulau Pinang ( Daerah Seberang Perai Tengah 😴 ). Sepanjang laluan telefon tak berkelip. Ngeri jer rasa. Mana pi semua riders dalam hati.

Tiba2 berdenting. Nagasari >>> AutoCity >>> Nagasari. Laluan diminta adalah laluan pergi balik ( siap dengan tunggu menunggu lagi ). Perghhh ...

Tiba dilokasi RHB Bank AutoCity. Rider diturunkan dan Pemandu UBER Penang menanti. Tunggu punya Tunggu punya Tunggu ... tak keluar-keluar. Tapi atas sebab budi bahasa yang baik dan pekertinya yang tinggi.

Sang isteri keluar dan mengatakan lambat. "Boleh tunggu ke ?". Admin membalas "Rider mintak tunggu kita tunggu. Tak ada masalah". Dia kembali masuk ke dalam bank dan admin setia menanti diperkarangan.

Selang beberapa waktu, si isteri keluar sekali lagi. Kali ni dia keluar membawa berita yang sama "lambat lagilah".

Mereka adalah pengguna kali pertama. Mereka menggunakan aplikasi yang dioperasikan oleh seorang kawan dirumah. Mereka hanya tahu ... mereka naik dan mereka sampai. Selain agak mahir berbahasa Melayu, si isteri bertanya kepada admin. "Boleh tunggu ke ?".

Kalau ikotkan hati memanglah boleh tunggu tapi kesian pula pada diorang. Dah la kali pertama. Menunggu la pulak. Sat gi dari Nagasari Perai ke AutoCity sahaja CAJnya dah macam pergi-balik Penang ( Island ).

Atas dasar kemanusiaan. Admin bagitahu. Baik kita matikan trip. Nanti caj mahal. Akak terkejut pula nanti. Dia semacam tak bersetuju tapi tak ditunjukkan cuma riak mukanya diterjemahkan admin sedemikian.

Si isteri menyambung. Nanti datang lagi ka ?. Ada no telefon ?. Nombor telefon diberi. Skrin diseret. Bayaran terpamer dan jumlahnya alamak aiii.

Kemudian dia masuk semula ke dalam bank. Tetapi admin kekal diperkarangan. Sambil menantikan job baru. Malangnya tiada pula yang singgah hantar request hinggalah mereka selesai urusan bank.

Kami bertolak pulang dengan senang hati.
Semuanya selamat ke destinasi dan admin bergerak meninggalkan Nagasari untuk mencari sesuap nasi.

Lapar siottt ... Jom Makan.
The More You Give The More You Get
Bukan admin cakap tau ... tetapi
ALLAH yang Maha Berkata-Kata.

Oklah. Jom jalan-jalan cari makanan untuk dimakan. Sampai jumpa dan jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.