Terkini :

Sunday, November 13, 2016

Aku Yang Tersasul ! Ahhh Lupa Lagi

Para pelajar UiTM ini memanggil pemandu UBER melalui aplikasi. Pemandu UBER Penang yang sedang mengemas merupakan Pemandu UBER terhampir di dalam lingkungan 8 km sekitaran mereka.

Admin baru nak keluar makan dengan famili. Gatal tangan maka aplikasi dibuka dan job masuk pula. Panggilan diterima. Riders dihubungi. Pengesahan Dibalas. Kenderaan dipacu ke arah lokasi pick up. Sampai dilokasi kelihatan seramai ehem2 pelajar menanti.

Pintu dibuka. Mereka dijemput naik seperti juga riders yang lain. Famili diturunkan dan semua selesai tanpa barangan yang memberatkan mereka. MyDin Mall Jalan Baru ditinggalkan menuju ke UiTM Permatang Pauh.

Perkongsian dan soalan silih berganti dan sesekali riuh rendah jadinya dalam kenderaan. Mereka sangat peramah dan mesra. Mudah bersembang dan sangat sporting. Tricks dan Tips dikongsi juga sepertimana riders yang lain hinggalah ke pintu kampus.

Perjalanan ini juga bermakna kerana ini adalah pengalaman pertama mereka dan diri admin sendiri bersama. Semoga kita berjumpa dan berjumpa lagi dan lagi dan lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.