Terkini :

Monday, November 14, 2016

Penang SME Centre | Sg. Nibong Express Bus Terminal

Ini bukan kali pertama tetapi inilah pertama kalinya. Hahhaaha amacam ?. Faham ke ?. Tak fahamkan ?. Cik kita ni bukanlah kali pertama menggunakan UBER tetapi kali pertama bersama Pemandu UBER Penang.

Seperti yang diceritakan, salah seorang sahabat yang berlokasi di Kuala Lumpur telah membuat carian data maya tentang pemandu UBER di Pulau Pinang. Maka, admin telah ditemui di dalam ramai-ramai pemandu yang lain. Alhamdulillah.

Nombor telefon disimpan dan diserahkan kepada sahabat kita sorang ni. Orangnya periang. Manis wajah dan mudah bersembang. Panggilan pertama dibuat dan diaturkan. Malangnya perbezaan lokasi tidak memungkinkan ianya berlaku.

Seorang driver gantian untuk kes ini telah diminta bantuan untuk membuat tindakan sokongan. Malangnya untuk Cik Zieta ni yang berkhidmat di Penang SME Center sebagai Trainer, gagal disempurnakan kerana beberapa masalah teknikal.

Panggilan kedua adalah untuk trip pulang antara kedua-dua lokasi yang sekarang ini agak kerap diulang-ulang katanya. Trip dimaksudkan adalah Terminal Bas Ekspress Sg. Nibong >>>  Penang SME Center. Pick up akan dibuat sekitaran jam 4:40 pagi. Hebahan sudah dibuat kepada rakan UBER Driver namun tiada yang berjaya ditetapkan.

Dek kerana seseorang perlukan bantuan. Respond rakan UBER Driver juga menemui jalan buntu. Sedar tak sedar admin dah terlelap. Tiada standby mode berlaku. Addeh!!!.

Panggilan telefon bertalu juga tidak berjawab. Aduhai ... naya kat rider. Kesian pun ada. Memanglah tak berjanji tapi dah macam serasi berhubung.

Sementara itu, satu lagi request telah diajukan. Jam 4:45 petang ... UBERing ...
PickUp : Penang SME Center
Drop : Sg. Nibong Express Bus Terminal

Kebetulan admin akan memasuki Island ... maka pengesahan pickup diberitahu. Pemandu UBER Penang yang baru menurunkan Gadis Indonesia di Tesco Seberang Jaya, bersetuju.

Tayar digolek menghala Island. Lokasi ditemui. Jam masih awal. Siap-siap mana yang patut. Rider dimaklum bahawa kenderaan siap untuk dinaiki.

Semuanya bergerak lancar dan selamat.
Terima kasih menggunakan Perkhidmatan Penghantaran UBER bersama Pemandu UBER Penang.

Sekian.
Jumpa dan jumpalah lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.