PERKONGSIAN MENARIK SEBELUM BERGELAR JENAZAH !!!
Kenapa aku digelar wahubby semata2 bab ni. Masa abah aku meninggal dunia pada April 2016 memang aku tak buat pun any kenduri arwah. Masa nak kebumikan abah aku, aku turun ke liang lahad sebagai pertemuan terakhir. Lepas tanam tu orang pakat bawa kendi air duk suruh aku and family jirus. Aku pesan kat mak aku and adik beradik aku tak perlu buat semua tu. Aku menolaknya. Kau bayangkan, bawa air 1 kendi pakat suruh ambil turn untuk jirus atas kubur. What's the point ?
Kalau nak suruh tanah mampat, bukan dengan 1 kendi air bergilir2 ramai2. Lebih baik bawa 3 baldi air. Kalau nak suruh kubur sejuk, dengan 1 kendi air gilir2 jirus ? Ini semua amalan rekaan semata. Oh one more thing, sebelum pengebumian jenazah, akan ada orang datang bisikkan suruh sediakan duit untuk beli nasi bungkus, sediakan kain pelikat dan wang untuk diberikan kepada orang solat jenazah. Kepok, belindang, bangunan atas kubur pun aku tak letak. Banyak suara2 sumbang duk berbunyi.
Aku just letak 1 sahaja batu nisan. Ini pun ada mulut yang berbunyi. Katanya aku ni tak sayangkan arwah. Sepatutnya kena ada bangunan atas kubur. Ini semua ajaran apa ni ? Hah kita pulak yang nampak pelik ?. Benarlah akhir zaman kan. Islam datang dengan asing dan kembali asing. Katanya orang lain sampai perabis ribu2 untuk kasi kubur cantik. Aku habak, ini tanah waqaf, orang lain pun nak tanam sini jugak lepas ni. Lagipun nabi larang meninggikan kuburan dan dirikan sebarang bangunan atasnya. Tapi sekarang ni hebathebat Siap ada mozek, siap ada ukiran, siap ada nama, tarikh lahir tarikh mati dan macam2 lagi.
Malam hari abah aku meninggal tu ada ramai orang berkunjung ke rumah katanya nak meratib means tahlilan arwah lah. Bila tengok takde penyediaan makanan, so yang hadir tu terus pakat balik. Mereka kata ingat ada kenduri arwah. Kalau benarlah nak pos amalan untuk bantu si mati kenapa tak terus meratib je malah terus balik bila tiada makanan ?. Kenapa perlu ada makanan ? Dalil aqli pun dah tak logik. Orang dalam kesusahan kena bantu orang dalam kesenangan dengan sediakan makanan. Walhal ikut sunnah nabi, orang ramailah kena bantu keluarga si mati.
Masa Jaafar meninggal di medan perang, nabi perintahkan para sahabat bawa bantuan makanan kerana keluarga jaafar sedang dalam kesulitan. Bukan keluarga si mati kena bantu sediakan makanan untuk orang hidup. Yang kata ikut imam as syafie, mazhab syafie, imam as syafie tak pernah melakukan tahlilan arwah, zaman tu ada saja kematian. Bila imam as syafie meninggal dunia pun takde pula anak2 muridnya buat tahlilan arwah. Bacalah dalam al umm ke ar risalah ke takde pula imam as syafie perintahkan suruh buat kenduri arwah.
Alasan mereka pulak, kan ada orang hulur duit masa visit family tu. Habis tu kau ingat keluarga si mati tu catering ke nak sediakan makan untuk korang ?. Duit tu kau hulur untuk jadi makcik kantin pulak masak untuk kau ?. Bukan untuk kegunaan ahli keluarga ?. Sebaliknya untuk kenyangkan perut2 yang konon 'sedekah' tu ? Sedekah berbalik semula untuk mereka. Menunggu kubur pun aku takde buat. Orang pakat tanya takde nunggu kubur ke ?. Kan orang kita ni ada 1 amalan menunggu kubur yakni upah orang mengaji atas kubur biasanya 7 malam. Bayaran menunggu kubur ni berapa ? Kau survey sendiri kat tempat masing2.
Pendek kata setiap orang yang mati tu memang boleh buat duit. Walaupun imam as syafie sendiri kata pahala bacaan al quran tak sampai kepada si mati based on surah an najm 32. Kita ni hanya dapat apa yang kita usahakan sahaja. Pun begitu memang ada khilaf dari ulama muktabar like mazhab imam ahmad yang kata sampai pahala bacaan al quran kepada si mati. Tapi mereka para fuqaha ni bukan suruh ambil upah baca al quran kepada si mati. Tapi kan tempat kita ni tetap berpegang teguh dengan mazhab imam as syafie. Tu belum kira lagi bayaran yang datang solat jenazah.
Akan ada dah bahagian mereka biasa orang panggil budak2 tahfiz. Seolah2 orang biasa ni takde manfaat untuk solat jenazah. Walhal nabi suruh cari orang solat jenazah yang tidak melakukan kesyirikkan. Biasa per pax rm10 beserta kain pelikat and nasi bungkus. Ada juga yang kurang daripada tu. Kalau 40 orang solat jenazah dah 400 ringgit. Campur lagi 40 kain pelikat. Dah berapa ?. Takkanlah untuk solat jenazah dan kiriman doa allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu pun ada bayaran. Biasanya part ni akan ada 1 kepala dalam kampung yang tukang aturkan suruh keluarga si mati sediakan itu dan ini.
Biasanya kena sediakan nasi bungkus sekali untuk bagi makan kepada yang hadir dan yang uruskan jenazah. So keluarga si mati pun turutkanlah sebab nanti takut takde orang nak uruskan jenazah walhal itu semua fardhu kifayah walaupun tak sediakan semua tu pun. Aku pun tak tau asal usul amalan seperti ini. Nak kata ini tsabit dari nabi setiap kali solat jenazah, dah berapa orang sahabat nabi meninggal dunia tapi tak pernah pula ada amalan seperti ni. Ikut amalan2 ni semua kalau nak mati make sure kena tinggal banyak duit. Sampai ada yang guna dan usik harta pusaka untuk buat majlis tahlilan arwah dan any pakej yang lain untuk si mati.
Ada pernah berlaku depan mata bila orang yang kurang kemampuan ada kematian, sampai dia buat air teh dan biskut tawar je. Yela dia fikir benda ni mesti kena buat bila ada kematian. Tak buat nanti takut orang kata. Sampaikan bila tak buat mulut orang mesti berbunyi seolah2 tak sayang kepada si mati. Pakej tahlilan arwah ni bukan kaleng2. Semalaman paling koman 200 ke 300 kena keluarkan. Lagi ramai jemput lagi banyaklah kena keluarkan untuk sediakan makanan. Upah tunggu kubur lagi. Kalau 1 kepala paling koman rm50, kalau 3 kepala semalaman dah 150. Kalau 7 malam dah berapa ?
Kepok, belindan tu berapa ? Nak yang cantik ribuan ringgit pun ada. Ada sampai letak mozek. Mujur tak jadikan guest house and homestay. Belum lagi masuk tahlilan perdana. 1 kepala diaorang charge berapa ? Kalau ada 100 kepala arwah, 1000 kepala arwah ?. Siap ada pakej lagi. Lagi banyak bacaan lagi mahallah. Agama kita ni dah jadi macam agama yahudi dan nasrani dah. Pendek kata yang kaya ke syurga, sebab depa para ostad ni boleh kirim pahala untuk selamatkan arwah walaupun diri mereka sendiri entah selamat atau tidak.
Untung kan ? Sebab tu lah depa ni marah dan gelar wahubby bila ada yang bersuara. Sebab depa boleh buat banyak cabang duit dengan hanya 1 arwah. Aku sendiri dah pesan siap2 kepada ahli keluarga aku. Sekiranya aku mati, tak perlu buat semua ni. Cukuplah sekadar kirimkan doa. Walaupun sekadar doa pendek Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu. In sya Allah apa sahaja doa dan amalan anak2 akan sampai kepada orang tuanya walaupun tidak niat kerana nabi sendiri yang endorse doa anak yang soleh. Nasihat aku, kalau kau nak buat makan, buatlah makan sedap2, jamu makanan time mak ayah korang hidup ni. Bukannya time mati baru nak jamu itupun kau bukan jamu parent tapi jamu perut lapar yang hidup.
1 lagi bila ada dengar berita kematian, bawalah segala bantuan keperluan bukannya pergi menyusahkan keluarga mereka nak sediakan itu ini. Di tempat kita ni lain je amalan dari masyarakat setempat dan orang kebanyakan itu maknanya kau adalah wahubby. Aku ni macam2 gelaran wahubby dah kena, taknak bedal loan riba, cerita pasal loan riba pun kena wahubby. Lantaklah kau nak gelar apa pun, nak kecam apa pun, sedikit pun tak berbekas.
Sumber : En. Netizen !
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.