Pisahkan suami isteri adalah agenda utama Syaitan di akhir zaman ni.
Banyak sangat dah kes suami dan isteri curang.
Ini saya screenshot contoh perbualan yang nampak biasa-biasa tapi percayalah, di sini permulaan sebuah kecurangan. Syaitan paling suka kalau dapat peluang sebegini.
Mula-mula buat-buat tanya. Lama-lama mengadu nasib. Perkara ni bukan sahaja berlaku dalam kalangan suami. Isteri juga. Sama!
Kadangkala, pada mulanya tak berniat pun nak berbual. Lama-lama terbiasa sehingga jadi suka. Waktu ni syaitan dah suntik segala rasa sayang cinta palsu.
Sebab tu tiba-tiba tengok isteri, tengok suami rasa bosan, rasa muak. Sebab dah dapat orang baru. Seronok ada orang layan luahan hati. Sampaikan hal rumahtangga di kongsi pula.
Akhirnya, bila dah bercerai, kahwin lain, disalahkan pula takdir. Sudah jodoh katanya. Cinta tak boleh di paksa.
Para suami, para isteri. Andai ada permulaan perbualan seperti ini, minta isteri atau suami tolong jawabkan. Tak perlu kita layan. Tiada apa kepentingan.
Kita lawan syaitan. Lawan. Syaitan musuh nyata. Pelbagai cara dia guna untuk bawa manusia bersama ke neraka.
Kenapa sibuk sangat syaitan nak runtuhkan hubungan pernikahan?
Kerana mereka benci bila manusia buat pahala. Orang yang dah kahwin :
✅ Tengok pasangan, dapat pahala.
✅ Senyum dengan pasangan dapat pahala.
✅ Pegang tangan dapat pahala.
✅ Gurau senda dapat pahala.
✅ Lahirnya lebih ramai anak soleh solehah.
Banyak berganda pahala. Mana tak depa benci orang kahwin.
Maka, perkahwinan bukan setakat bercintan ci tun sahaja. Besar perjuangannya. Sama-sama duduk berdua dengan pasangan, bincang bagaimana kita nak kekal hingga ke syurga.
Hari-hari rancang bersama cara terbaik untuk mengemudi bahtera bahagia melawan ombak badai menuju Jannatul Firdaus.
Semoga Allah pelihara kita semua. Semoga Allah ilhamkan kepada kita semua jalan terbaik kekalkan keluarga sakinah mawaddah warrahmah.
Sang Pencinta yang masih banyak dosa,
Bunda Hud.
Jangan BAYAR Duit Simkad !
✓ www.bit.ly/33GGeAB
✓ telcomart-penang.blogspot.com
✓ Pepehal Roger 🤣
✓ wasap.my/60134500320/HaiPakDin
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.