A. Tatacara Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Koperasi
Pendahuluan
Terdapat kes aduan yang berlaku di sesebuah koperasi yang melibatkan pihak anggota dengan pihak Lembaga, atau di kalangan anggota-anggota Lembaga sesama sendiri termasuk kes kes di mana pihak Lembaga ingin mengambil tindakan terhadap anggota.
Laman ini memberi penerangan kepada umum berkenaan tatacara aduan melibatkan koperasi.
Kategori Aduan
Aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:
KATEGORI 1
Aduan di bawah kategori pertama lazimnya berkaitan dengan isu-isu berikut:
Keanggotaan/ Syer/ Yuran
Pembayaran Dividen
Pemberhentian Anggota/ Pengeluaran Saham/ Syer
Projek Perumahan (tidak siap mengikut jadual)
Pengeluaran Pinjaman
KATEGORI 2
Aduan di bawah kategori kedua lazimnya adalah berkaitan isu-isu berikut:
Mesyuarat Agung/ Mesyuarat Lembaga
Pinjaman/ Pelaburan
Penyelewangan Lembaga/ Kesalahan Penggunaan Kuasa
Audit/ Akaun
Undang-undang Kecil
Subsidiari
Tatacara Aduan
Aduan hendaklah dibuat mengikut format borang aduan.
Dalam mengemukakan aduan, pengadu hendaklah kenal pasti kategori aduan tersebut terlebih dahulu sama ada di bawah kategori pertama atau kedua.
Jika berkaitan dengan kategori pertama, pengadu adalah dinasihatkan supaya mengemukakan aduan kepada koperasi dan salinkan aduan tersebut kepada SKM Negeri/ Wilayah dan kepada Ibu Pejabat SKM di Kuala Lumpur (jika perlu).
Bagi aduan yang berkaitan dengan kategori kedua, pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada Pendaftar Koperasi Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada koperasi berkenaan.
Walau bagaimanapun SKM amat menggalakkan dalam setiap aduan (sama ada di bawah kategori pertama atau kedua), pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada koperasi terlebih dahulu untuk tindakan penyelesaian.
Hanya jika tiada maklum balas daripada pihak koperasi aduan tersebut boleh dikemukakan kepada SKM Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada Ibu Pejabat SKM di Kuala Lumpur.
Mengemukakan Aduan
Aduan mengenai koperasi boleh dibuat melalui:
CARA #1:
ADUAN MELALUI SISTEM ATAS TALIAN
Tuan/ puan perlu mendaftar sebelum boleh menggunakan sistem ini. Sila klik Sistem Aduan & Maklumbalas untuk daftar baru atau semak status aduan.
CARA #2:
ADUAN SECARA MANUAL
Sila klik di sini untuk memuat turun borang aduan koperasi. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan kemukakan borang beserta lampiran (sekiranya perlu) kepada:
Bahagian Hal Ehwal Korporat & Antarabangsa
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Aras 11, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
B. Tatacara Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Pertanyaan/Aduan Umum/Lain-lain
Sebarang pertanyaan/aduan umum dan lain-lain yang diterima daripada pelanggan akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pertanyaan diterima.
Pertanyaan/aduan umum dan lain-lain boleh dibuat menerusi sistem dalam talian seperti di bawah:-
Aduan Melalui Sistem Dalam Talian
Tuan/ puan perlu mendaftar sebelum boleh menggunakan sistem ini.
Sila klik Sistem Aduan & Maklumbalas untuk daftar baru atau semak status aduan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.