Terkini :

Friday, May 26, 2017

KOPERASI : PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN

Mengenai TMP-JPK
================

TMP telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.

Siapa Yang Layak Memohon
=======================

Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh SKM layak memohon.

Syarat Kelayakan Memohon
=======================

Syarat-syarat permohonan adalah:

Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;

Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable);

Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi;

Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit dan;

Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.

Jenis-Jenis Pinjaman/ Pembiayaan
==========================

i. Modal Pusingan
a. Pengguna;
b. Pekerja-pekerja kontrak;
c. Perkhidmatan;
d. Ar-Rahnu/ Kredit.

ii. Pembangunan Hartanah
a. Pinjaman Sementara (Bridging Finance);
b. Bayaran Premium;
c. Kos Pembangunan.

iii. Pemilikan Harta
a. Membeli Tanah/ Bangunan/ Kilang;
b. Ubah suai/ baik pulih;
c. Pembinaan bangunan.

iv. Pengangkutan (Pembelian Kenderaan)

v. Asas Tani

vi. Pertanian

vii. Perindustrian

viii. Mesin/ Jentera

Pembiayaan / Pinjaman Yang Ditawarkan
===============================

Bil/Jenis/Jumlah/Tempoh ( Maks. Tahun )
1. / Tanpa Cagaran / ≤ RM50,000 / 5
2. / Bercagar / RM50,001 ≤ RM10 juta / 20

Kriteria Permohonan Yang Dipertimbangkan
===================================

Untuk membiayai projek ekonomi yang dilaksanakan dan dimajukan oleh koperasi sendiri.

Wang pembiayaan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti mana yang diluluskan.

Sebarang perubahan tujuan penggunaan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP terlebih dahulu.

Kriteria Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan
===================================

Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang dilaksanakan oleh anak syarikat koperasi, atau pihak lain.

Permohonan pembiayaan untuk tujuan pelaburan dalam saham.

Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang bertentangan dengan Hukum Syariah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.