Terkini :

Monday, April 3, 2017

2017, Cuti Umum @ Public Holiday

PENDIDIKAN : 2017, Cuti Umum @ Public Holiday

1   Seorang pekerja berhak mendapat 11 hari dalam setahun sebagai Cuti Umum. Bilangan  hari Cuti Umum ini dipilih oleh majikan dari sekian banyak bilangan dan jenis cuti umum yang diwartakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dan dimaklumkan kepada semua pekerja sebelum bermulanya tahun yang baru.

2   Bilangan hari Cuti Umum ini boleh ditambah oleh majikan jika ia bersedia berbuat demikian.

3   Daripada bilangan 11 hari itu tadi (atau bilangan tambahan oleh majikan), 5 hari mestilah terdiri dari hari-hari berikut:

(a)   Hari Kebangsaan
(b)   Hari Malaysia
(c)   Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
(d)   Hari Keputeraan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan
(e)   Hari Pekerja

4   Bakinya boleh dipilih oleh majikan. Hari-hari cuti umum lain ini boleh ditukar ganti dengan hari cuti yang lain atau dipindahkan kepada hari yang lain tetapi hendaklah dengan persetujuan pekerja.

5   Satu lagi Cuti Umum ialah cuti umum yang diumumkan oleh kerajaan secara tiba-tiba. Contohnya: kerana pilihanraya umum, atau Malaysia menang Piala Dunia (bolasepak). Cuti yang diisytiharkan secara tiba-tiba ini dibuat di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951. Walaupun majikan mesti memberi hak cuti umum ini kepada pekerja tetapi ia boleh memilih untuk memberi cuti ini (mengganti) pada satu tarikh yang lain.

6   Jika hari Cuti Umum itu jatuh pada hari Cuti Rehat Mingguan, atau jatuh pada datu lagi hari Cuti Umum yang lain, maka hari kerja berikutnya hendaklah digantikan sebagai hari Cuti Umum bergaji.

7   Jika hari Cuti Umum atau hari yang diganti jatuh semasa pekerja dalam Cuti Sakit, atau sedang dalam Cuti Tahunan, atau dalam Cuti Perkeso, pekerja itu mesti diberi hari Cuti Umum yang lain sebagai ganti.

Sumber : #SalamSolidarity.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.