Terkini :

Tuesday, March 14, 2017

WARIS PENCARUM SOCSO KENA AMBIL TAHU INI

For those who know the victim's family, please remind his wife on the following, get his company HR to assist on the necessary info too.

Tahukah anda jika berlaku kematian kpd pencarum socso sebelum usia 60 tahun, anak2 simati berusia bawah 21 tahun layak mendapat elaun bulanan sehingga berusia 21 tahun atau sehingga berkahwin yg mana terdahulu. Waris simati iaitu isteri akan mendapat elaun bulanan sepanjang hayat.

Pencarum yg meninggal dibwh 60thn dan memenuhi syarat kelayakan caruman...balu/duda/anak2 bwh 21 thn akan mendapat faedah pencen penakat adalah diantara 50%-65% dimana jumlah peratusan ini adalah dikira berdasarkan jumlah caruman yg tlh dibayar pencarum dari mula pencarum mula bekerja sehingga bulan sebelum kematiannya....

Manakala gaji yg diambilkira pula adalah berdasarkan gaji purata pencarum bg tempoh 24 bulan sebelum bulan kematiannya....pecahan bayaran pencen pula adalah sebyk 3/5 kpd balu/duda dan 2/5 kpd anak...dibayar kpd anak sehingga 21thn jika belum berkahwin atau sehingga habis ijazah pertama jika masih belajar...

Oleh krn pengiraan dibuat berdasarkan jumlah caruman yg telah dibayar maka jika pencarum telah berhenti kerja sekalipun jika jumlah carumannya memenuhi syarat kelayakan caruman...maka tuntutan utk Pencen Penakat ini masih layak....tp jika sekiranya carumannya tak penuhi syarat kelayakan caruman..maka tuntutan yg dibuat dikira tidak layak...syarat2 kelayakan caruman ini termaktub dan dijelaskan didalam ...
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Salah satu syarat kelayakan caruman bg Pencen Penakat ini ialah pencarum mestilah mempunyai sekurang2nya 2 tahun caruman. Pencen Penakat ini adalah di bawah Skim Keilatan yg melindungi pekerja dari keilatan/penyakit yg serius dan juga kematian biasa yang bukan akibat daripada pekerjaannya.

Tetapi bagi Skim Bencana Pekerjaan yg melindungi kemalangan atau kematian yang berlaku akibat daripada pekerjaan pula,syarat kelayakannya adalah berbeza.

Sbg contoh : Pekerja yg telah menerima tawaran pekerjaan walaupun belum membayar caruman kemudiannya telah ditimpa kemalangan sewaktu bekerja/dlm perjalanan pergibalik kerja atau dlm perjalanan ketika menjalankan pekerjaannya, pekerja tersebut adalah layak membuat tuntutan tanpa mengira jumlah caruman yang atau belum dibayar olehnya.

Adalah lebih baik kita mendapat penjelasan lanjut yg lebih tepat/jelas dgn menghubungi terus pejabat2 perkeso yg berhampiran atau dgn mendapatkan maklumat lanjut melalui website mereka sekiranya cerita2 ,komen2 dan andaian yg disampaikan di dalam ini mengelirukan kita....

Wallahua'lam...
.
Sila share maklumat ini, kerana ia memberi manfaat kpd balu dan anak2 simati.

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Talian Am : 03 - 4264 5000
Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000
Faksimili : 03 - 4256 7798
E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.