Terkini :

Tarik Kereta ! | Bulanan Sangkut | Sporting Siot

OFFLine !!!. Machine Problem !!!.

PakDin dan anak2 dalam perjalanan mencari sesuatu dilokasi Seberang Jaya. Sambil meronda dalam bandar kereta buat perangai Tahun Cina minta dimanja dan dibelai bagai.

Phuiiih !!!, tiba-tiba perangai kereta betul-betul mencabar minda. Kenderaan admin terpaksa diberhentikan dilokasi selamat iaitu salah satu Stesen Minyak berdekatan.

Sambil membuka hud hadapan dan beraksi tiba-tiba PakDin didatangi sebuah kereta dengan kapasiti 2 penumpang dan 1 orang pemandu. Senyum manis dihantar dan diri diperkenalkan dengan elok dan sopan.

Kereta abang dah sangkut bulanan. Aik!, lain macam je bunyi. "Betul ke ?" bertanya admin dengan muka pelik. Perbincangan berlaku. Soaljawab berjalan, tawaran demi tawaran dibuka.

Semua berjalan lancar dan tenang selain brader-brader tarik kereta ni juga amat sporting dalam menjalankan tugasan.

Fakta dan pengesahan diminta, kebenaran dipersoal. Kesahihan minta dibuktikan. Akhirnya pihak bank mengesahkan kenderaan adalah masih bebas dalam proses tarik !

Fuhhh!!! Gila punya lega. Kesilapan maklumat rupanya. Nasib baiklah Pemandu UBER Penang bersikap bersahaja. Kalau "api" bertemu "api" mahunya terbakar situasi.

Maaf dan Sorry bertukar mulut. Terima kasih dan Sama-Sama bertukar bicara. Kerja tarik kereta diteruskan mereka. PakDin dan anak2 meneruskan kerja. Mood jadi tak syiokkk ooo.

Cincai Pi Cincai Maiii ... Godek San Godek Sini. Siap kerja di hud hadapan kereta. Enjin dihidupkan dan hati tak minat teuskan mencari apa yang dicari. Blah Blah Blah kata hati.

Perjalanan diteruskan ke destinasi kediaman admin aka BasedStation Pemandu UBER Penang hingga jam 5 petang. Semua PING tak ada mood nak sambut. Hinggalah jam 6 trip wajib dimulakan ke haluan Kulim, Kedah Darul Aman.

Selasai.

Sempoi Baq Hang !!!
TQ Bro2 Sekelian.
Hangpa ni PotongStim Betoi laa.
kikikiki
Torbaekkk !!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.