Terkini :

Bila Malang Tak Berbau !, TQ Boss

Hah !, perghhh berdentum juga akhirnya. Asal nama pemandu tak kirelah UBER atau apa-apa sekalipun, risiko terlibat kemalangan adalah 50-50 bergantung kepada seribu satu sebab musabab atas izin-Nya yang maha Perancang dan Maha Bijaksana.

Suatu minggu yang lalu, Pemandu UBER Penang juga akhirnya terlibat dalam kemalangan kecil. Sahabat dijalanraya kita ( Mr. X ) agak Cool.

Diminta admin turun tapi admin tak berapa nak setuju memandangkan lokasi berlaku kurang sesuai. Admin minta diselesaikan diluar kawasan sibuk kerana laluan adalah berada di dalam laluan sibuk dan waktu puncak.

Bukan salah sesiapa tapi Allah izin ianya berlaku. Namun, juga mungkin kelalaian admin. Memperbetulkan sesuatu di seat sebelah kiri, kenderaan Mr. X yang berhenti ketika keadaan lampu isyarat berwarna merah !.

Huh !, tiba-tiba bedentum dengan lemah-lembutnya. Hasil berhenti di stesen minyak berhampiran dan melihat faktor kerosakan, maka penyelesaian cara baik ditawarkan. Apapun, admin bercadang untuk ke balai trafik terhampir namun ditolak dengan penuh hormat.

Pemandu UBER Penang juga dinasihati agar elakkan gangguan terhadap NCD Kenderaan namun admin rasa itulah yang terbaik. Melihat kepada jumlah kerosakan, berlaku sedikit kemek pada kenderaan admin dan calar balar di kenderaan Tuan X.

Akhirnya, Tuan X offer carian pomen/bengkel terlebih dahulu untuk harga. Andai tinggi beliau akan hello semula dan sebaliknya kalau biasa-biasa akan dimaklum pada pemandu UBER Penang kemudiannya.

Selang beberapa jam setelah semua gambar bukti diambil, no contact bertukar tangan dan semuanya beredar dari lokasi. Admin dihubungi. Mr. X beritahu, beliau tak akan buat tuntutan apa-apa ( mungkin sebab hanya calar ).

Admin bersetuju sambil mengucap terima kasih berbangga dan berbesarhati menerima tawaran. Akhirnya panggilan telefon dimatikan dan masing-masing kembali kepada tugasan masing-masing tanpa sebarang tuntutan dan laporan kemalangan. Perkara diselesai sebaiknya tanpa urusan lanjutan.

Chinese New Year sudah sampai. Sebagai orang bersalah dan tanda terima kasih admin menghubungi Mr. X untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi, permohonan maaf kerana menyusahkan dan ucap selamat tahun baru cina 2017 kepada beliau dan keluarga.

Semuanya terhenti sehingga saat itu.
Terima kasih Tuan.
Saya Bersalah.
Saya Minta Maaf.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.