Terkini :

Tuesday, February 14, 2017

Jangan Kecam Saya Sifu

Sifu saya kata ...

Kekadang kita rasa nk ubah dunia. Tapi akhirnya kita tahu bahawa dunia tue besar. Maka kita kecikkan skop.

Kekadang kita rasa nak ubah sebuah negara. Tapi akhirnya kita tahu bahawa negara itu besar. Maka kita kecikkan skop.

Kekadang kita rasa nak ubah bangsa. Tapi akhirnya kita tahu bangsa itu juga besar. Maka kita kecilkan skop.

Kekadang kita rasa nak ubah negeri. Tapi akhirnya kita tahu mengubah sebuah negeri juga besar. Maka kita kecilkan skop.

Kekadang kita rasa nak ubah masyarakat. Tapi akhirnya kita tahu bahawa sebuah masyarakat juga sangat besar. Maka kita kecilkan lagi skop.

Kekadang kita rasa nak ubah komuniti. Malangnya komuniti juga adalah masih besar. Maka kita makin kecilkan skop.

Kekadang kita rasa nak ubah keluarga. Dalam diam kita sedar sebuah keluarga juga amat besar. Maka kita semakin mengecilkan skop.

Akhirnya kita rasa nak ubah diri. Dengan harapan itulah yang paling kecil. Tapi akhirnya kita juga kalah sebab diri juga besar. Maka kita mencari apakah yang paling kecil skopnya.

Rupa2nya kita jumpa itulah hati. Malah kekadang ianya juga besar. Mahubatau sebaliknya itulah yang terkecil.

Terserahlah akhirnya apa tindakan kita. Kawan gelak mmg ramai malah tak perlu disaring atau dicari.

tapi kawan menangis cukup sukar ditemui apatah lagi ketika betol2 memerlukan dia sekalipun kita meletakkan dia tinggi setinggi nama sahabat sejati.

Jom Kita Renung Dalam2.
Motivasi Untuk Diri Sendiri
Berjaya itu Subjektif
Kaya itu Juga Subjektif
Maka apa yamg anda letakkan sebagai objektif ?

Formasi !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.