Pending Review ni memang bukan Auto. Guna barCode ke guna QRCode ke atau guna scanner sekali pun memang tak la.
Uber guna semi auto. Salinan gambar yang diupload akan dilihat secara manual oleh pengendali semasa. Pegawai Khidmat Pelanggan katanye.
Paling cepat ikut pengalaman Admin adalah sekitar 1 Jam selepas VIDEO Akhir ditonton.Setiap selepas pendaftaran online dibuat, Pemandu-Pemandu UBER yang baru akan diarah untuk menonton video.
Video ni berdurasi sekitaran 15 minit, menerangkan bagaimana Uber App berfungsi dari belah Rider mahupun Driver. Semua pemandu digalakkan meneliti sebaiknya INFO disampaikan melalui Video tersebut.
1 jam selepas tamat menonton video. Ada di antara REKRUT Pemandu UBER Penang yang berjaya aktif dan bersiap sedia untuk trip Hands-On PERTAMA. Namun, biasanya antara 3 Jam Hingga 8 Jam baru settle semua dan bersiap sedia untuk TRIP latihan Kali Pertama.
Walaupun begitu, semua akan terjadi apabila, gambar yang diupload adalah menepati syarat dan citarasa UBER Malaysia. Maksudnya gambar dihantar untuk pendaftaran mestilah :-
1. Jelas
2. Terang
3. Cukup Sifat.
Bagi pendaftaran yang menyediakan gambar berserabut, tak jelas, tak terang dan tak boleh dibaca selain TIDAK menepati syarat UBER Malaysia, proses pendaftaran akan jadi lebih lambat dan masa tertangguh atau diambil akan menjadi panjang selain situasi menjadi rumit.
Sebagai peringatan. Pastikan gambar dihantar adalah gambar terbaik dan cara terbaik adalah gunakan kuasa teknologi lebih "advance".
Gambar diperlukan UBER Malaysia untuk memulakn pemanduan sebagai Pemandu UBER adalah seperti berikut :-
1. Gambar Depan Kad Pengenalan
2. Gambar Depan Lesen Memandu
3. Gambar Depan Insurans Kenderaan.
Sekiranya ketiga-tiga gambar ini dalam mode terbaik. Pemandu Baru akan.memulakan pemanduan dalam 1 hingga 3 jam selepas video terakhir tamat diamati. Sebaliknya boleh membawa kepada seminggu sehingga panggilan mengadap Pejabat Urusan Uber Negeri dihantar melalui EMAIL.
Biasanya kalau diikut pengalaman merekrut Pemandu Baru, bahagian dokumen ke tiga yang selalunya sangkut. Ramai berjaya daftar tapi ramai juga yang sangkut di pengesahan dokumen ke tiga tersebut.
Cara terbaik dicadangkan adalah dengan memperbaharui INSURANS kenderaan anda menggunakan perkhidmatan PERBAHARUI RoadTax dan Insuran melalui MyEG di http://myEG.com.my . Ini adalah kerana CoverNote disimpan sebagai salinan maya di dalam email.
myEG menawarkan dokumen secara atas talian yang mana langsung tak memungkinkan pendaftaran Pemandu UBER anda terutama di dokumen ke tiga kerana DOKUMEN anda adalah sangat bersih dan CANTIK.
CONVERT PDF file dihantar ke dalam attachment dan hantar ke Uber Malaysia melalui HELP Email.
Dokumen anda GERENTI terang dan jelas dan ternyata pendaftaran anda akan selesai lebih awal.
Sekian.
.
.
.
#FullTime / #PartTime / #Suka2Time
JAWATAN KOSONG SEGERA !!!
Klik Di Sini ::: goo.gl/2ivvgR
Gaji Harian & Gaji Mingguan
Klik Di Sini ::: goo.gl/aaVedQ
Tertakluk kepada Terma & Syarat
Klik Di Sini ::: goo.gl/DO8I6r
Bukan Kuih Raya !!!
Klik Di Sini ::: goo.gl/p0nBo2
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.