Semunya hanya tinggal kenangan. Sifu yang pemalu kononnya ... pirahhh wey. Beliaulah tempat admin dan admin ke dua mencedok ilmu tentang UBER.
Ilmu dikongsi tentulah tak sebanyak mana namun ilmu tersebut adalah ilmu khas @ ilmu teras yang mana perlu dikupas sehelai demi sehelai menjadikannya sangat banyak.
Setiap teras menghasilkan ratusan malah ribuan ilmu tersamping. Ilmu pecahan hanya dapat dihadapi dengan kaedah praktikal dunia sebenar. Alhamdulillah ilmu berjaya diturun kepada seramai mungkin Pemandu Baru.
Kata orang ... " Selagi belum tutup mata, Belajar Belajar Belajar". Ilmu teras dan ilmu pecahan diterbalikkan. Menjadikan dunia Pemandu UBER semakin mencabar dan dicabar.
Kembali kepada praktikal dan taktikal, alhamdulillah semuanya masih berjalan lancar sepertimana sebelumnya. Pertambahan Pemandu-Pemandu Baru sedikit pun tak menyebabkan rasa kurang senang atau irihati apatah lagi dengki mendengki.
Kata orang tua-tua, jangan tamak, jangan dengki, jangan irihati, jangan monopoli dan jangan mendahului komuniti. Ternyata ianya memang sangat benar dan ini juga bukan kali pertama dilaksanakan dalam mana juga komuniti yang admin dan admin kedua sertai.
Selain SIFU VJ, terdapat beberapa sifu lain tempat admin dan admin kedua menuntut ilmu UBER. mengUBER, memBANGAU dan meREPUT adalah satu dunia baru bagi kami. Namun, ianya sangat ADIL apabila ilmu teras, ilmu pecahan dan ilmu terbalik digunakan secara beradab dan beretika.
Menduduki kedua-dua dunia, iaitu RIDER dan DRIVER banyak memberikan kelebihan. Kita mampu merasai keduanya supaya kita adakalanya perlukan perasaan belas ihsan dan juga adakalanya memerlukan kita bertindak ketahap penghabisan. Syukur UBER betul2 berbaloi.
Kenapa ? ... CoreProject berjaya dibina dengan UBER sebagai Platform. Prospect yang pelbagai dalam setiap masa yang tak menentu memungkinkan kita bertemu seramai mungkin manusia secara live. Alhamdulillah sekali lagi "tactical" ini sangat berkesan.
Semoga kita terus berguru untuk penuhi preatasi UBER tahap maksima. Sampai jumpa dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.