Ramai usahawan yang berjaya jual produk juta-juta RM...
Sebelum berjaya bukan main solat dhuha, solat hajat, berdoa... Supaya berjaya dalam hidup. Mintak jadi jutawan dan kekayaan.
.
Lalu Allah bukakan pintu rezeki. Di berikan kemudahan dalam bisnes , mudah menjual, mudah dapat agen, mudah dapat idea, dapat ilmu.
.
Lalu, bila berjaya... Dia berasa kejayaan nya di sebabkan usahanya, ilmu yang di pelajarinya, ideanya, kerana mentornya dan sifunya. Padahal dia lupa dia pernah minta kepada Allah dulu.
.
Perkara lain adalah asbab sahaja.
Cerita pada dirinya banyak 'saya, saya dan saya'...Saya buat itu, saya buat ini.... Sehingga jadi itu dan ini.
.
Semakin hari hartanya semakin banyak, tetapi jiwanya semakin miskin. Setiap hari fokusnya hanya $$$$... Macamana nak jualan banyak sahaja. Resah dirinya kalau orang lebih banyak dari nya $$$$. Resah dirinya kalau orang mencapai lebih dari dirinya.
.
Lalu.. hidup nya tidak TENANG, bila lihat jualan orang lain berjuta juta, dia nak kejar jualan berjuta itu. Bila lihat orang lain berkereta mewah, dia nak kejar kereta mewah itu.
Akhirnya dia buat satu perancangan, short cut to success. Timbullah idea, bagaimana cepat dapat duit, agar dirinya jadi yang terhebat. Tak sedar perancangannya adalah perancangan Allah untuk menarik rezekinya semula.
.
Apa tidaknya, dalam solatnya berfikir tentang nak kaya, dalam dhuha nya berfikir nak kaya, dalam tahajudnya fikir nak kaya, dalam sedekahnya nak tunjukkan dia kaya . Allah campakkan kekayaan, tapi hilang sifat syukur dan sabar.
.
Kembalilah dia menjadi miskin. Setelah miskin barulah dia sedar kembali sujudnya kerana Allah....sedekahnya kerana Allah.
Begitulah Allah mendidik manusia. Apabila kita lupa akan pemberian Allah dan menganggap ia hasil usaha kita... Dia akan uji kita, sehinggalah kita kenal siapa Dia..
.
Wallahu a'lam.
Credit : Nizam Ibnu Sina.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.