Baru sat sangat turun dari rumah. Bersiap nak mengUBER ... rezki pun sampai. Dr. Amir yang membuat request menggunakan aplikasi UBER menetapkan lokasi. Panggilan diterima dan kerana lokasi yang hampir maka kenderaan dihala menuju lokasi dipamer.
Alahaiii ... sampai di sana. Tiada kelihatan rider yang menanti. Panggilan telefon dibuat untuk konfirmasi.
A : Assalamualaikum bang ... sampai bang.
B : Mana ? ...
A : Abg ada mana tue ? ... Saya ada depan Route69.
B : Saya di KPJ.
A : Uihhh ... Route69 lokasi pickup bang. Takpe tunggu sat yer. Saya menghala.
B : OK.
Sampai di perkarangan dropzone KPJ Perda. Doktor Amir bersama beberapa orang kakitangan lain KPJ sedang berborak. Kenderaan diberhentikan dan Dr. Amir dibawa ke lokasi dipamer peta.
A : Apartment De Pauh ?
B : Belakang De Pauh Garden
A : Ok.
Sambil bersembang dalam perjalanan singkat. Status Pemandu UBER Penang sebagai Pemandu Sepenuh Masa seperti menarik perhatian Dr. Amir seraya berkata "24 jam ke ?. Kalau macam tue esok pagi pukul 8 boleh la ambil saya kat sini ( Apartment De Pauh ). Admin menjawab : " Ok insyaAllah boleh. "
Mana tau nak dijadikan cerita kerana percaturan Allah percaturan terbaik. Seorang regular memerlukan transport ke island. Dr. Amir dimaklum dan respond diterima. Tak sangka perjumpaan pertama terhasilnya perjumpaàn ke dua namun gagal disudahkan.
Semoga Allah penyembuh segala penyakit.
Semoga Allah izin pertemuan yang lain.
Semoga Allah berkati kedua-dua pihak
Sampai jumpa dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.