Setiap orang ada alasan tersendiri kenapa mereka simpan emas. Begitu juga dengan saya. Walaupun yang membuka mata saya tentang emas pada permulaannya ialah trend kenaikan harga emas pada 2010, tetapi saya terus membeli walaupun harga dalam trend menurun pada 2012 - 2014.
Kenapa?
Saya beli emas kerana 3 tujuan utama:
(1) FORGOTTEN SAVING
Saya jadikan emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Saya rasa simpan emas adalah cara yang sangat berkesan merawat masalah 'tangan yang gatal' menyentuh wang simpanan dari dibelanjakan pada perkara yang kurang penting.
Memang terbukti, sejak 2010 saya tak pernah lagi menjual emas simpanan saya. Hanya "beli, beli, beli" sahaja. Setakat ni tak pernah bocor, alhamdulillah.
(2) NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN
Bila saya faham teori "1 dinar 1 ekor kambing", saya tak perlu risau lagi tentang inflasi, kejatuhan ringgit dan apa sahaja bencana ekonomi dan politik. Emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan di bank. 1 dinar terbukti mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang. Kuasa belinya boleh dikatakan "kekal".
(3) KEKAYAAN DI TANGAN SENDIRI
Bila memiliki emas, kita tak terikat dengan sesiapa. 100% di dalam kawalan kita. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN. Dan nilainya berdiri dengan sendirinya.
Tiada sesiapa yang boleh rampas dan membekukan kekayaan itu. Hatta kalau jatuh bangkrup pun, ia masih milik kita. Kalau duit kertas, nilainya terletak pada jaminan dan kekukuhan kerajaan. Pada bila-bila masa nilainya boleh hilang begitu sahaja. Dengan memiliki emas, saya rasa BEBAS dari kongkongan sesiapa.
Walaupun begitu, emas hanyalah satu daripada banyak alat kewangan. Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang kita perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), at least 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.
#1Gram1Bulan1Keluarga1Malaysia
#SuperPowerGoldCommunity
#PowerGoldMalaysia
#GlobalGoldVentureMalaysia
#AdaAkadAdaBarangAdaWang
#TelegramWhatsappWechat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.