Terkini :

Memperkenalkan Insentif Jaminan Lonjakan Pendapatan

September 23, 2016
Posted by Joel Soh

Kami kini memperkenalkan insentif jaminan lonjakan pendapatan yang paling mudah difahami.

Kawasan Jaminan Lonjakan Pendapatan: Applikasi Uber Partner kini akan menayangkan kawasan-kawasan di mana permintaan servis Uber amat hangat! Uber akan menjaminkan pendapatan setiap perjalanan dalam kawasan-kawasan tersebut.

Informasi di Hujung Jari Anda: Skrol ke bawah dari Paparan Peta untuk melihat semua promosi Uber – sama ada yang terkini atau yang akan datang.

Jadualkan masa memandu anda: Ingin mendapatkan pendapatan maksima? Klik butang “Tunjuk Semua Promosi” untuk melihat semua jaminan pendapatan kami – semuanya di dalam Applikasi Uber Partner.

Semak pendapatan anda – secara langsung: Apabila menamatkan perjalanan, semak senarai perjalanan anda dan jaminan pendapatan anda akan ditayangkan secara langsung!

Perhitungan Insentif Jaminan Lonjakan Pendapatan Perjalanan Anda

#PROtip: Uber tidak menolak bayaran servis Uber dari insentif jaminan lonjakan  pendapatan perjalanan – bermakna anda akan menerima amaun sepenuhnya!

Pandu dalam area tersibuk semasa waktu puncak untuk layak menerima pendapatan terjamin.

Contoh:-

Anda menamatkan perjalanan dalam kawasan di mana Uber menjaminkan Lonjakan Pendapatan 1.8x:

Tambang perjalanan: RM 10.50 (tiada tambang lonjakan – 1.0X)
Jaminan Pendapatan: RM10.50 x 1.8 = RM18.90
Jumlah diterima = RM7.88 (fare of RM10.50 tolak bayaran perkhidmatan Uber 25%) + RM8.40 (Tambahan jaminan pendapatan RM8.40 – tiada penolakan bayaran perkhidmatan Uber) = RM16.28

Informasi Tambahan

Q: Sila tolong! Saya tidak dapat melihat mana-mana promosi ataupun kawasan jaminan lonjakan pendapatan di halaman utama applikasi Uber Partner saya?

Kalau anda tidak aktif dalam sistem Uber untuk masa yang lama, profil rakan kongsi anda mungkin tidak diaktifkan sementara untuk tujuan keselamatan. Sila ke Pusat Sokongan Rakan Kongsi kami di SINI untuk mendapatkan pertolongan.

Q: Perjalanan manakah yang layak untuk Insentif Jaminan Lonjakan Pendapatan Perjalanan?

Semua perjalanan uberX atau uberXL yang berasal dari kawasan jaminan lonjakan pendapatan yang selesai layak mendapatkan lonjakan pendapatan terjamin. Perjalanan yang dibatalkan (canceled) ataupun perjalanan atas produk Uber yang lain (seperti produk Uber BLACK) tidak layak mendapatkan insentif ini.

Q: Bagaimanakah insentif ini berbeza dengan tambang lonjakan Uber yang biasa?

Insentif ini berfungsi seperti tambang lonjakan – kecuali kini, kami menjaminkan tambahan pendapatan anda, selagi anda memandu dalam kawasan-kawasan tertentu pada waktu puncak. Dalam Applikasi Uber Partner, kawasan tersebut akan ditandakan dalam merah dengan jumlah jaminan pendapatan tertera.

Q: Bagaimana kalau saya menerima tambang lonjakan Uber dalam tempoh Insentif Jaminan Lonjakan Pendapatan?

Untuk setiap tambang, anda akan menerima tambang lonjakan penunggang, ataupun insentif jaminan lonjakan pendapatan – mengikuti bayaran yang mana paling tinggi.

Contoh:

Tempoh Jaminan Lonjakan Pendapatan 1.5X

Menerima perjalanan yang tiada tambang lonjakan (1.0X) – menerima insentif jaminan lonjakan pendapatan yang menambah 0.5X di atas tambang asal (jumlah 1.5X)

Menerima perjalanan tambang lonjakan 1.2X – menerima insentif jaminan lonjakan pendapatan yang menambah 0.3X di atas tambang asal (jumlah 1.5X)

Menerima perjalanan tambang lonjakan 1.8X – pendapatan melebihi jaminan lonjakan pendapatan 1.5X, tiada insentif tambahan di atas tambang perjalanan tersebut.

Q: Bagaimana insentif ini berfungsi untuk perjalanan di mana penunggang membayar secara wang tunai?

Insentif jaminan lonjakan pendapatan adalah untuk semua perjalanan – sama ada yang dibayar secara wang tunai / dibayar menggunakan kad kredit.

Untuk perjalanan di mana penunggang membayar secara wang tunai, skrin hijau akan menunjukkan jumlah yang anda perlu mengutip dari penunggang anda. Untuk melihat insentif jaminan lonjakan pendapatan anda untuk perjalanan tersebut, semak senarai perjalanan anda.

Q: Adakah semua jenis perjalanan dan tambang layak untuk mendapat insentif jaminan lonjakan pendapatan (selagi bermula dari kawasan dan masa yang ditetapkan)?
Ya, semua jenis perjalanan yang diselesaikan layak untuk mendapatkan insentif jaminan lonjakan pendapatan. Ini bermakna perjalanan yang dibatalkan tidak layak untuk mendapatkan mana-mana insentif.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.