Terkini :

Bersih 5 | Lain Padang Lain Belalang

Ada jemaah yang minta pendapat imam tentang perhimpunan bersih. Secara berseloroh dia bertanya.

Jemaah :
Imam tak pergi bersih ke?
Tuntut keadilan.

Imam :
Tak payahla gi tuntut keadilan.
Kita sendiri pun tak adil pada Allah.

Jemaah :
Kenape imam cakap mcm tu..??

Imam :
Penganjur bersih seru turun berhimpun berpuluh ribu orang islam pergi. Sanggup bersesak berdiri lama-lama. Sangggup dengar ucapan silih berganti. Dok atas jalan tak jadi hal.

Tapi bila bilal azan satu saf pun tak penuh. Nak tunggu sesak tunggu solat raya je. Baru baca surah panjang dah kena komplen berdiri lama. Baru doa lama sikit, kata lenguh tangan padahal bukan doa atas jalan tapi atas karpet masjid.

Masjid buat program hantar surat depan rumah pun tak sampai, tapi perhimpunan pakai Whatsapp/MediaSosial pun orang ramai. Tuan rasa-rasa apa yang kita nak jawab depan Allah swt nanti...???

Admin :-
Nak Kata Melarang pun TIDAK,
Takut-Takut Ada Yang Terasa.
Nak Kata Menyokong pun TIDAK,
Takut-Takut Ada Yang Terasa.
Atas Pagar Boleh ? ... Atas Pagarlah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.