#BeSmartStayAlert
#LetsFightScammerTogether
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: UMPAN TARIK AHLI KELUARGA, RAKAN-RAKAN SERTAI PELABURAN EMAS
Kuala Lumpur, 4 Mei 2024 - Penganjur pelaburan emas menggunakan taktik menjadikan pelabur sedia ada sebagai ‘umpan' untuk menarik pelabur baharu dalam kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik berkenaan merupakan skim ponzi yang digunakan penganjur untuk menghasilkan wang pusingan (rolling money).
Beliau berkata, dengan cara itu, wang deposit yang dikutip daripada pelabur baharu akan digunakan untuk membayar keuntungan kepada pelabur lama.
Menurutnya, skim ini bergerak secara bersemuka dengan merekrut pelabur baharu dalam kalangan ahli keluarga atau rakan pelabur.
"Pelabur baharu ini akan menyertai skim berkenaan atas dasar percaya dan mengenali ejen, ketua atau barisan atas (upliner).
“Bagaimanapun, perniagaan ini tidak melibatkan emas secara fizikal, malah wang deposit daripada pelabur juga sebenarnya tidak dilaburkan ke perniagaan emas sebagaimana yang dinyatakan,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.