Terkini :

Saturday, November 2, 2019

Kongsi Tips Mudah Simpan Duit

"Simpan RM20 & RM5, Setahun Dapat RM10,000" Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Simpan Duit

Menyimpan sebahagian dari pendapatan merupakan satu langkah yang perlu dilakukan dan penting dalam merancang kewangan peribadi anda.

Walaupun anda mendapat gaji setiap bulan, anda perlu bijak merancang kewangan dari hari pertama gaji anda untuk bertahan sehingga hari terakhir sebelum gaji seterusnya.

Menyimpan duit memerlukan displin dan komitmen yang tinggi kerana anda perlu mengulangi perkara yang sama dalam tempoh yang lama.

Selain itu juga, untuk menyimpan duit anda perlu bijak dalam mengawal perbelanjaan supaya ia tidak tersasar dari matlamat asal anda.

Ramai orang menjadikan amalan menyimpan duit sebagai azam setiap kali menjelang tahun baru, namun tidak semua berjaya melakukannya.

Hakikatnya amalan menyimpan perlu dipupuk sejak di usia muda supaya amalan ini sebati dalam diri setiap orang.

Amalan menyimpan juga memerlukan teknik dan cara yang betul supaya ianya berkesan.

Mari kita lihat perkongsian dari saudari Nur Aliah Mohd Nor ini yang telah berjaya menyimpan RM 10,000 dengan hanya mengasingkan RM20 dan RM5 dalam masa setahun.

Kalau Tak Menabung Dari Dulu, Mungkin Tak Dapat RM11,700 Sekarang Ni.

Tip Yang Mudah Dan Senang Untuk Kumpul Duit Rm20 & Rm5

Lia nak kongsikan kepada anda, tips yang sangat best dan mudah je nak buat, dengan izin Allah anda mampu hasilkan duit simpanan lebih dari RM10,000 dalam masa setahun.

1. Ada niat yang betul, fokus dan konsisten menabung setiap masa demi mencapai matlamat yang dinginkan.

2. Sediakan balang saiz besar, boleh hias cantik-cantik aslong balang tu boleh bagi anda motivasi untuk menyimpan duit selalu. Contoh letak gambar travel, rumah atau gambar kaabah.

3. Jumpa duit RM20 dan RM5 asingkan terus ke tepi. Tutup mata setiap kali nampak dua warna ini, kuning dan hijau.

4. Kalau terguna anda wajib untuk menggantikan semula duit itu dengan 2 kali ganda supaya rasa takut nak guna lagi dan dapat ajar diri untuk disiplin.

5. Letakkan target berapa lama nak menabung, yang terbaik adalah set kan terus tabung untuk 1 tahun sebab akan dapat hasil yang sangat memuaskan.

6. Oh ya. Kenapa kena pilih warna kuning dan hijau? Warna kuning ni warna kekayaan, kesenangan dan keceriaan. Manakala warna hijau ni warna ketenangan dan kebahagiaan.

7. Nak tahu, bila anda ada sifat suka menyimpan duit RM20 dan RM5 ni, akan selalu berlaku situasi begini, contoh makcik jual karipap asalnya nak bagi baki rm4.00, sebab tak ada duit kecil dia akan cakap “ambil la rm5 ni takpe makcik halalkan”. Bestkan.

8. Menabung ni anda perlu istiqamah setiap hari, bukan menabung sebulan RM100 sekali. Buat je hari-hari nanti akan timbul sifat suka sangat nak menabung.

9. Setiap awal bulan, kira dalam tabung tu ada berapa jumlah duit yang terkumpul. Dari jumlah tu, asingkan 2.5% dengan tujuan niat untuk berzakat.

10. Selain zakat, asingkan juga 10% dengan tujuan niat untuk bersedekah. Nak bagi lebih tak apa, cuma syaratnya minima 10% untuk sedekah.

11. Lagi 30% ni penting, wajib bagi reward atau hadiah pada diri sendiri. Sebab bila kita reward diri kita, semakin bertambah self-motivation kita untuk rajin menabung ni.

12. Balance duit tu, anda simpan dalam balang tadi tu. Nasihat dari Lia sendiri, Lia galakkan anda tukar duit itu menjadi EMAS 999.9 (Emas Goldbar) bukan lagi dah dalam bentuk wang ringgit.

13. Lia bagi contoh yang sangat mudah, katakan setiap bulan duit yang terkumpul berjaya mendapat RM1,000. Untuk zakat asingkan duit RM25 (2.5%), untuk sedekah asingkan duit RM100 (10%) dan untuk reward diri sendiri asingkan duit RM300 (30%).

14. Lia suggestkan, untuk sedekah kalau tak tahu nak bagi siapa, bagilah pada anak yatim piatu, ibu tunggal yang susah atau bagi pada pelajar-pelajar di Universiti kerana mereka juga layak diterima sedekah.

15. Bayangkan, dengan bersedekah ni, anda telah menghasilkan 7 tangkai dan setiap tangkai itu mengandungi 100 buahnya. Jadi, RM100 x 7 tangkai x 100 buah = RM70,000!! Wow! Banyak tu.

16. Inilah formula calculator dalam kiraan Islam. Konsep yang sangat mudah, the more you give, the more you will get.”

17. RM70,000 tu kadang-kadang bukan dalam bentuk duit, mungkin nilai suami cium isteri RM10,000, nilai orang bagi 10 botol Dexandra Perfume RM750, tiba-tiba ada orang nak belanja makan di hotel mewah 5 bintang.

18. Lia yakin dan sangat percaya, macam-macam lagi keajaiban yang berlaku dalam hidup anda yang anda sendiri tak sangka-sangka, sebab rezeki Allah itu Maha Kaya dan Maha Luas.

19. Itu la menariknya menabung ni, anda akan rasa sangat best, tenang je dan duit tu sentiasa ada bersama anda. Law of Attraction.

Syukur Alhamdulillah, bermulanya bulan February 2017, simpanan yang tak sampai setahun itu telah menghasilkan jumlah wang lebih dari RM10,000. InshaaAllah, usaha ini akan diteruskan pada tahun 2018 pula.

Ajarkan pada anak-anak anda menabung dari sekarang. Bila dah besar, duit untuk tanggung kos belajar di Universiti semua dah ada. Bestkan.

Kesimpulannya. Menabunglah dari sekarang sebab menabung ni sangat penting untuk masa depan yang gemilang.

Semoga perkongsian dari saudari Lia ini dapat menggalakkan lebih ramai orang menabung dan membuat manfaat kepada semua.  Seperti yang semua ketahui, amalan menyimpan ini sangat bagus diamalkan dan dikongsikan kepada semua. 

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.