Jom kita lihat satu persatu mengikut kes yang telah disusun oleh jemaah pakar.
1. Anda bawa kereta waktu tengahari...dan anda tersangkut dengan kesesakan lalulintas, tiba-tiba temperature engine naik. Kenapa ?. Tetapi semasa bergerak ...indicator suhu turun semula kepada normal.
Punca : Radiator Fan tak berfungsi mungkin kerana motor rosak ataupun fuse rosak.
2. Anda baru memandu waktu pagi ke tempat kerja...tak sampai 10 minit memandu....tiba-tiba temperature enjin naik? ... Anda periksa, tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.
Punca : Thermostat rosak atau Water Pump
3. Anda memandu, tiba-tiba enjin anda dah macam sauna, berasap.
Punca : Ada kebocoran hose ataupun upper radiator tank crack.
4. Anda memandu tempoh yang lama ...awalnya tiada masalah tiba-tiba enjin panas. Anda periksa under hood, tiada sauna ... tiada hose yang bocor, radiator tak pecah...radiator fan ok. Tapi air kering !!!!
Punca : Air dah berzaman tak top up atau gasket ada kebocoran kecil ( bila buka radiator cap....nampak buih buih kecil naik, itu tanda ada kebocoran gasket )
5. Anda memandu dalam tempoh lama ... tiba-tiba temperature enjin naik. Anda berhenti ... anda tengok tiada wap air.....tiada tanda-tanda hos bocor...selepas enjin sejuk, anda buka radiator cap...air penuh. Radiator Fan pun berfungsi baik...dah tu apa?
Punca : Sensor Problem
6. Anda memandu.....enjin tak panas, tapi lepas isi minyak, anda yang jadi panas...!!!!
Punca : Minyak naik harga !!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.