Terkini :

Saturday, August 26, 2017

UBER : Membuat berbilang hentian semasa dalam perjalanan

Penumpang boleh menambah sehingga 2 hentian tambahan pada satu perjalanan. Mereka boleh berbuat demikian dalam apl. 

Hentian tambahan ini akan ditanda dengan ikon segi empat sama hitam dan hentian akhir akan ditanda dengan segi empat sama merah pada peta perjalanan anda. 

Apabila anda tiba di salah satu destinasi pertengahan perjalanan, gelangsar yang mengatakan "SAHKAN HENTIAN" akan dipaparkan di bahagian bawah skrin. Jika anda meluncurkan gelangsar ini, navigasi anda akan ditetapkan kepada destinasi perjalanan penumpang yang seterusnya secara automatik. 

Leret "Tamatkan Perjalanan" hanya selepas semua penumpang keluar dari kenderaan anda di hentian akhir mereka. 

Apabila hentian tambahan ditambah semasa perjalanan, masa anda menunggu dan jarak tambahan yang dilalui akan ditambah pada tambang. 

Nota:
Ciri ini tidak tersedia pada perjalanan uberPOOL.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.