TIPS URUS BISNES DALAM EKONOMI TERUK
Hubungan dengan bisnes
1. Tingkatkan pendapatan, kurangkan perbelanjaan
2. Utamakan urusniaga tunai, kurangkan urusniaga kredit
3. Amalkan pembaziran sifar dalam segala hal - zero wastages
4. Gunakan tenaga pekerja yang ideal. Jangan terlalu ramai pekerja.
5. Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air
6. Cari alternatif menjual produk lain secara tunai menggunakan sumber sama.
7. Wajib buat kira-kira untuk costing. Lihat yang mana boleh dikurangkan kos tanpa kurangkan kualiti
8. Jika banyak cawangan, lihat yang mana buat duit dan lihat yang makan duit. Jika ada yang terlalu 'parah' jangan sayang untuk tutup
9. Kurangkan penggunaan tunai kepada sesuatu yang tidak mampu menghasilkan jualan atau profit. Jangan upgrade deco ofis atau premis pada waktu ini
10. Pembelian aset jangkamasa panjang seperti tanah dan bangunan tambah-tambah lagi yang memerlukan deposit tunai yang tinggi perlu di elakkan.
11. Kurangkan bajet iklan / sponsor yang tak beri impak terus kepada pertambahan / peningkatan jualan. Perlu maintain iklan jualan
12. Tahan dulu nafsu beli kereta mewah
13. Kurangkan pembelian mesin yang berkos tinggi. Jika boleh sewa, sewa dulu.
14. Dalam banyak hal, jika kita boleh outsource kerja, kita outsource dulu daripada semua nak buat sendiri
15. Beli bahan mentah dalam kuantiti tidak terlalu besar untuk mengelakkan tunai stuck disitu jika jualan slow
16. Hold dulu produk yang sukar dijual tapi perlu modal besar
17. Cairkan mana-mana aset yang tak digunakan untuk dijadikan penimbal tunai
18. Kurangkan kos operasi
Hubungan dengan manusia
1. Maafkan semua orang setiap hari setiap kali sebelum tidur
2. Bersihkan hati. Jangan iri hati dengan kelebihan orang lain
3. Bayar hutang walaupun hanya sikit jika ada hutang. Ia jauh lebih baik daripada tak bayar langsung
4. Kongsi dengan ibu bapa jika ada masalah dalam bisnes. Minta doa mereka semoga dipermudahkan segala urusan
5. Jangan tipu orang walau dalam apa keadaan sekalipun
6. Banyak bantu sesama manusia
7. Jangan bersangka buruk dengan kawan-kawan
Hubungan dengan Allah
1. Istighfar, istighfar dan istighfar sebanyak mungkin
2. Selalu berdoa mohon diperluaskan rezeki, selamat dunia dan akhirat setiap masa
3. Solat dhuha, solat tahajjud dan solat hajat sentiasa
4. Jaga solat wajib. Solat di awal waktu dan lebih baik jika berjemaah di masjid
5. Sedekah yang konsisten atas kemampuan. Biar sikit tapi sentiasa / kerap
6. Amalkan selawat atas nabi
7. Amalkan surah Al-Waqiah dan Al-Mulk
8. Jangan sombong, riak, ujub dan takabur
9. Ucaplah syukur sentiasa. Syukur hati, syukur mulut dan syukur perbuatan
10. Sentiasa redha Allah ketentuan Allah. Jangan meroyan tak tentu pasal. Jika diberikan ujian, diam dan tenanglah. Mohonlah kepada Allah jalan keluar. InshaAllah Allah akan tunjukkan jalan keluarnya
.
.
Dan ingatlah dunia ni hanya sementara. Akhirat juga yang kekal abadi.. Dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.