Ketika menunggu di ruang legar sebuah pejabat,seorang wanita muda menolak pintu kaca, menapak masuk penuh bergaya dengan kasut tumit tinggi mungkin hampir 6 inci, langkahnya membawa membentuk irama ...
tuk,tuk,tuk.
Ruang lobi kecil itu segera di sambar bau haruman yg dipakainya. Hampir semua mata beralih kpdnya..
Teringat saya satu hadis nabi yg mengisahkan
terhadap penampilan palsu yang ada di masyarakat Bani Israil yg membawa kerosakan.
Seorang wanita bertubuh pendek memakai sepasang kaki palsu dari kayu untuk memanjangkan tubuhnya. Dia membuat cincin khusus yang boleh menyimpan minyak wangi di dalamnya agar boleh menarik perhatian mereka.
Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Said Al-Khudri dari Nabi bersabda, “Ada seorang wanita bertubuh pendek di lingkungan Bani Israil.
Dia berjalan di antara dua wanita bertubuh tinggi, maka wanita itu mengambil sepasang kaki palsu dari kayu dan sebuah cincin berongga yang bertutup untuk diisi dengan minyak wangi misk yang merupakan minyak wangi kasturi.
Lalu dia berjalan di antara dua wanita yang bertubuh tinggi dan orang-orang tidak mengenalinya.
Dia mengibaskan tangannya begini.”
Memakai kasut tumit tinggi tidak haram,tetapi jika memudaratkan pemakainya atau langkahnya untuk menarik perhatian dg bunyinya,maka ia menjadi haram.Redo dg fizikal yg Allah beri itu lebih baik dari penampilan yg penuh kepalsuan.
Dalam hal minyak wangi yg dipakai ketika keluar rumah,berhati-hatilah kerana ada hadis yg melarangnya,khususnya bila kita berada ditempat awam ...
"Seorang perempuan yang mengenakan wewangian lalu melalui sekumpulan laki-laki agar mereka mencium bau harum yang dia pakai maka perempuan tersebut adalah seorang pelacur.”
( HR. An-Nasa’i, Abu Daud, Tirmidzi, dan Ahmad )
Berusaha untuk patuh pada suruhan nabi itu lebih baik dari mencari seribu alasan untuk mengharuskannya. Dengar dan patuh itu lebih baik dari mencari ruang untuk melepaskan diri dari apa yg di larang oleh nabi.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.