Terkini :

Friday, May 26, 2017

Permohonan Menubuhkan Koperasi

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

1. Menghubungi pejabat SKM

Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah.

Borang permohonan boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web SKM. Permohonan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem Aplikasi Atas Talian SKM.

2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.

3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja

Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-sekurangnya sepuluh orang hendaklah dibentuk.

Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:

Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota.

Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai yang diperlukan.

Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi.

Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing.

Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan.

Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan

Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.