Terkini :

Wednesday, May 31, 2017

PERKESO : Faedah Hilang Upaya Kekal

Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya itu. Anda yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilang upaya kekal boleh membuat tuntutan ini.

Tempoh Tuntutan:
*Had masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan akhir sijil cuti sakit.

*Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan Orang Berinsurans.

Tertakluk kepada:
• Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari)
• Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan bagi tempoh 6 bulan sebelum kemalangan).

Cara Tuntutan:

Anda harus membuat permohonan bertulis kepada Pejabat PERKESO yang berkenaan dan untuk dirujuk kepada Jemaah Doktor sila lampirkan sekali dokumen-dokumen berikut:

1) Borang Permohonan (Bertulis)
2) Salinan Kad Pengenalan
3) Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)
4) Borang 10 (Borang Tuntutan)
5) Borang PKS(F)1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
6) Nombor dan salinan buku akaun untuk pembayaran terus ke akaun simpanan.

Cara Pembayaran Faedah:

Kes akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilang upaya. Anda akan diberitahu taksiran tersebut. Sekiranya hilang upaya kekal itu ditaksirkan

<20%: Bayaran boleh dibuat secara berkala. Walaubagaimanapun, anda boleh memohon supaya faedah dibayar secara pukal atau sekaligus.

>20%: Bayaran dibuat secara berkala, walaubagaimanapun anda boleh memohon supaya bayaran 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan baki kadar harian faedah tersebut dibayar secara berkala dan secara pencen bulanan sepanjang hayat.

Sekiranya anda atau PERKESO tidak berpuas hati ke atas taksiran tersebut, permohonan rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keputusan Jemaah Doktor disampaikan kepada anda.

ELAUN LAYANAN SENTIASA (ELS):
Anda yang menerima taksiran Hilang upaya Kekal sebanyak 100% layak disyorkan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan untuk menerima Elaun Layanan Sentiasa. (Elaun ini diberikan kepada penjaga yang menjaga anda. Kadar elaun ini ialah 40% daripada kadar faedah hilang upaya langsung yang kekal dan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.