Hi semua.Okey sebab ramai yang pm and request itenary trip kota kinabalu&kundasang aritu,ni sedikit sebanyak yang aku bole share untuk semua.Hope it helps! :)
Flight ticket(KL-KOTA KINABALU)
Harga flight depends on bila korang beli.Macam aku beli last 2week before pergi dapat harga RM140 return.kalau nasib baik boleh dapat RM100 ja untuk tiket return.
DAY 1:KOTA KINABALU
Kitaorang sampai kk estimate pukul 12.55 tengahari,terus pickup kereta sewa kt airport.Kereta sewa ni aku dapat agak murah gak RM120/sehari utk kereta Alza Manual,maybe sbb kawan husband aku kan so kira harga kawan2 laa..make sure kereta tu in a good condition sbb nanti nak jalan jauh ke kundasang.
Lepas pickup kereta,kitaorang pi lunch dekat Putri Kitchen tak jauh dari airport lebih kurang 10minit dah sampai.Seafood dia terbaik!kitaorang amik ketam,udang,sotong,kupang sekali masak semua RM80.😱Termasuk air okay!so sorang RM20.Murah gila kan?!
Lepas tu kitaorang terus pi Rumah Terbalik,dorang bukak seawal 7pagi sampai 7mlm kalau tak silap,dlm rumah tu tak dibenarkan ambil gambar,kt luar ja boleh tapi kalau korang masuk 3d museum bole amik gambar!
Kitaorang teruskan perjalanan ke Kundasang dan ambil masa lebih kurang 1jam setengah sampai and kitaorang terus check in hotel Crystal Hill R hotel di kundasang,sangat strategik sbb dekat dgn pekan n view dari hotel ni sumpah lawa!!😍
Malam tu kitaorang ronda2 pekan Kundasang n dinner dekat Puteri Nabalu,makan steamboat sedap n harga berpatutan!After tu kitaorang balik hotel and tido.
----------------------------------------------
DAY 2:DESA CATTLE DAIRY FARM&PORING HOT SPRING
Seawal pukul 5.30 pagi kitaorang bangun,mmg kena keluar awal pagi selepas subuh,kalau tak terlepas lah view cantik tu ditutupi awan.Pemandangan gunung dari Crystal Hill R ni mmg clear dan cantik!pukul 8pagi kitaorang pi breakfast kat pekan kundasang.
Kitaorang teruskan perjalanan ke Desa Cattle Dairy Farm,kat sini korang wajib try die punya ice cream dengan fresh milk.Lepas lunch kitaorang gerak ke Poring Hot Spring,masa tu dah pukul 2ptg.Terlewat sebab dok bagi lembu&kambing makan dkt Desa Cattle Dairy Farm.hahaha.Poring ni tutup pukul 6 ptg,kat sini macam2 aktiviti boleh buat,berendam dalam kolam air panas,jalan2 kat taman rama2,mandi air terjun.Kat Sabah ni mmg 100% kitaorang guna Waze tau.
Pukul 4 ptg kitaorang gerak pergi ke Fish Spa Kampung Luanti.Kat sini korang boleh try fish massage,mula2 takut gak nak rendam kaki dalam sungai tu tapi tgk org lain relax ja so kitaorang pon rendamkan kaki kitaorang dgn berani nya..hahaha
Pukul 5.30 ptg kitaorang dah gerak balik,singgah kejap dkt pekan kundasang sbb nak beli chicken wings,sumpah sedap wehh!!😋Lepas tu terus check in dekat Kiram's Village.Bilik kami nama Mushroom&potato,sgt comel!RM 80/night.Sapa yang plan nk ke kundasang,Kiram's Village ialah tempat terbaik untuk menginap!Tempat ni berkonsepkan chalet,boleh pilih size,kalau bawak family besar amik room besar,kena book awal sbb sini selalu fully booked and sapa nak book boleh terus whatsapp owner die.
Malam tu kitaorang just dinner dekat Cafe Kiram's Village malas nak ke kundasang sbb masing2 dah kepenatan,especially driver😂.hehe
-----------------------------
DAY 3:KINABALU PARK
Lepas breakfast kitaorang terus check out dari Kiram's Village and terus menuju ke Kinabalu Park,kat sini macam takda apa sangat tapi untuk sesiapa yang suka kan nature mungkin seronok dekat sini,view dekat sini pun lawa.Tiket masuk RM3 untuk seorang.
Pukul 10 pagi kitaorang teruskan perjalanan ke jambatan tamparuli,kat sini korang bole ambil gambar dekat jambatan gantung tamparuli,tapi aku tak naik pon sebab anak aku tengah tido.Then kitaorang teruskan perjalanan menuju ke Pasar Filiphina dekat sini macam2 souvenir murah2.Lepas tu kitaorang ronda2 area bandar kk n tengok Masjid Terapung,view cantik👍..
Pukul 5petang kitaorang gerak ke Kota Kinabalu Airport.Huwaaa sedih nak tinggalkan Sabah😢😢till next time sabah!Insha Allah lepas ni kita jumpa lagi!!
TOTAL EXPENSES untuk SEORANG:
Flight return:RM 140,lagi murah korang beli,lagi jimat!
Hotel/Chalet:RM85
Makan:RM 150(depends korang punya nafsu makan haha)
Souvenir:RM150(depends gak kat korang punya budget/spend banyak mana)
Transportation:RM60
Minyak Kereta:RM15
All related/entrance fees for activities:RM 43
TOTAL: RM 643
P/S:Sesiapa nak nombor telefon owner kereta sewa bole PM yaa,BOLEH BAH KALAU KAU✌️
Sumber : syiffa matzan
Share Supaya Tak Hilang :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.