Terkini :

Repeat Order, FrontLiner ThunderPrint !, 4 Bahasa

Panggilan bantuan diterima. Lokasi pickup diselia. Lokasi drop diberitahu. Harga ditanya sekadar nak tahu. "Doktor" adalah kali pertama bersama Admin.

Bila nama naik terus teringat pernah servis suatu ketika dulu ... naik nama terus tanye "Doktor nak kemana ...".

Selepas doktor dengan admin. Doktor adjust kawan di Sg. Petani. lepas kawan di Sg. Petani tersebut maka mereka ( dalam gambar ) pula diperkenalkan.

Wahhh untung dapat riders setia yang friendly n sangat supportive macam nie. Dalam trip ini, doktor tidak sertai sebagaimana trip pertama dahulu. Trip tersebut admin diberitahu bahawa beliau seorang Doktor. Begitu jugalah dengan trip ke dua. Doktor tetap juga tidak bersama di dalam trip dibuat.

Sedikit kisah tentang doktor dan trip-trip dipayungnya. Huhuhuhu...

Jadi apa kisah gambar ?
Tak banyak tapi agak menarik perhatian. Seawal jam ditetapkan Pemandu UBER Penang telah siap sedia sekitaran taman.

Takut lambat atau lewat. Maka, rehat sebentar sekitaran sambil menggodek telefon. Kereta diparking berhampiran pickup point.

Tetiba kereta diketuk seseorang. Wanita melambai tangan minta ikut. Terpandang kumpulan dah siap utk trip. Kenderaan digerak ke lokasi tepat pickup. Enjin dimatikan. Turun dan sedia menyusun Beg.

Empat orang semuanya. Siap dengan beg besar masing2. Doktor ditemui disana. Terima kasih terpacul. Salam diberi. Maklum semua bagasi dah ready dan sedia tinggalkan lokasi.

Setelah semua selesai. Kami meninggalkan pickup point menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ( Penang International Airport ). Perjalanan bergwrak diluar waktu kesibukan.

Terperasan admin akan seorang anak muda yang sibuk bergayut phone. Call sana Call sini. Kekadang Masuk Call. Kekadang PickUp Call. Kekadang macam tak cukup masa.

Kekadang bicara dalam bahasa India, kekadang dalam bahasa Cina, kekadang bahasa English dan tentulah kekadang pula bahasanya bahasa Melayu.

Sempoiii Baq Hang !!! ..

Ini kali pertama LIVE depan mata RIDER berkomunikasi dalam empat bahasa sepanjang perjalanan. Mereka nak bersembahyang di satu lokasi ternama di India. Lupa apa namanye. Sorry.

Semuanya berjalan baik sehingga selesai. Mcm biasa.

TERIMA KASIH !
Jumpa dan Jumpalah Lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.