Bila saya mengadakan program bersedekah beras,ada seorang jemaah masjid yg datang memerhati program saya,lalu saya hulurkan sekampit beras kepadanya tetapi dia menolak dengan berkata,"Berilah kepada orang lain yang lebih memerlukan."
Bila saya mengadakan program bersedekah minyak petrol, beberapa orang jemaah masjid yang bertemu saya ditanya,mengapa tsk pergi pergi mengisi minyak motor yang diberi percuma,lalu dijawab,"Bagi pada orang lainlah.
"
Kedua-dua insiden itu saya jawab dengan nada berseloroh tetapi tajam. Saya berkata ,"Hangpa tak mau bagi aku masuk syurga ka?" sambil gelak berderau.
Hakikatnya,nabi menyuruh kita tidak menolak sedekah,maksudnya kita kena terima apa yang disedekahkan.
Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata :
"Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku." Nabi bersabda: "Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan.
Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu." (Muslim)
Jelas bahawa tidak elok menolak,sebaiknya terima apa yang disedekah.Jika kita tidak memerlukan apa yg disedekah,maka kita berikan kpd orang lain pula.
Itu lebih baik kerana bila kita menerima sedekah,orang yg bersedekah terlaksana ibadatnya sedekahnya kerana ada yg menerima,sedangkan jika kita menolak maka tidak terlaksanalah ibadat sedekahnya.
Ini maksud sindiran yg saya sebut"hangpa tak mahu bagi aku masuk syurga ka".Jika kita memberi pula kpd orang lain apa sedekah yg kita terima,maka kita beroleh pula pahala sedekah kerana bersedelah kpd sesorang lain.
Jadi menolak sedekah atas alasan nak beri peluang pada orang lain itu adalah tidak betul,jangan merasa kita cukup bagus,kita lebih baik,lebih rendah diri,lebih wara'.Hakikatnya kita mencanggahi suruhan nabi.
Jika orang bersedekah kpd kita walau kita tidak perlu,itu bermakna Allah takdirkan rezeki kpd kita dlm maksud untuk kegunaan kita atau 'rezeki' yg berupa peluang untuk kita memanjangkan sedekah, atau peluang yg Allah buka untuk bersedekah dg sesuatu yg disedekah kpd kita.
Maka menolak sedekah juga ibarat menolak rezeki dan peluang yg Allah beri.Atas dasar ini,dimana baiknya menolak sedekah,bahkan kira menjerumus diri kpd satu sifat kesombongan untuk menerima sesuatu yg Allah datangkan kpd kita.
Saya nak mengajak anda merenung hal ini untuk kita menjadi insan yg halusi dalam hidupnya,jangan meletak apa tindakan kita atas fikiran kita,tetapi rujuklah kpd sunnah dan suruhan nabi.Saya pernah melihat seorang Bangla yg berpakaian lusuh menghulur botol minyak wangi utk disapu sedikit dilengan jemaah yg nak masuk ke masjid sebagai sedekahnya,tetapi ada jemaah yg menolak.
Sesungguhnya mereka mungkin merasa hebat hingga tidak mahu menerima sedekah dari seorang Bangla yg mungkin hanya mampu memberi secalit minyak wangi, tetapi hakikatnya mereka menolak sesuatu yg nabi pesan,menolak sesuatu yg digerakkan oleh Allah,menolak untuk menerima kebaikan,menolak untuk membolehkan orang lain mendapat pahala bersedekah.
Lebih teruk jika syaitan membisik sifat sombong diri dan memandang rendah orang lain, memandang pemberian orang lain sebagai sesuatu yg tidak setaraf dengannya.
Terkadang kita terasa seperti kita berbuat baik,tetapi sebenarnya sebaliknya.Sebab itulah,kita kena berilmu dlm semua tindakan, kena mengetahui secara sebenar sesuatu yg kita nak lakukan.
Wallahua'lam abdghaniharon
.
.
.
Sumber : #WhatsappGroup
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.