Terkini :

Monday, February 20, 2017

MasyaAllah, Maha Suci Tuhan, Aku Sangat Kecil.

Siapa pernah rasa ?

Masa kita ditemukan dengan org tak berapa pandai mengaji, kita rasa syukur sgt2 sbb kita boleh mengaji, walau merangkak macam biawak. Kita usaha utk mengaji sampai boleh.

Di masa yang lainnya Allah saja uji diri kita dan dipertemukan pula dengan org lain yang juga merangkak mengajinya. Kita sekali lagi ucap syukur sebab dah lancar.

Tapi bila Allah makin sayang, kita diuji lagi, lagi dan lagi, kita dipertemukan dengan org yang mahir taranum al-quran. Kita jadi kecil sangat. Terasa dunia kembali besar.

Kadang2 kita juga diuji, dijumpakan pula dengan orang yang mahir dalam taranum berserta dengan tajwidnya. MasyaAllah. Duni makin besar. Diri semakin mengecil.

Longlai langkah bila dipertemukan org2 hebat dan sgt hebat termasuk mereka yang sgt2 hebat berbanding diri kita.

Suatu hari, kita dijumpakan dengan mereka yg hafiz dan hafizah. Maha Suci Tuhan yang Mengatur dan Meranca Seluruh Isi Alam.

Aku Sangat Kecil !!!
Besarnya Dunia Ni !!!

Malunya Aku Ya Allah ...
Maafkan Aku Ya Allah ...
Bimbinglah Aku Ya Allah ...

Benarlah kata sifu ...

" Kita Hebat Bila Dipertemukan Dengan Yang Kurang Dari Kita. Ketika Mana Kita Dipertemukan Dengan Mereka Yang Lebih. Ketika Saat Itu Kita Setuju. Kita Sebenarnya Bukan Pun Sesiapa. Kita Cuma Biasa-Biasa. "

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.