RENUNGAN
.
.
Khas untuk FullTimer..Sila kira balik berapa INCOME anda sebulan..
Jika nilai bersih kurang dari Income makan gaji anda sebelum ni,sila cari kerja secepat mungkin..
.
Bagi yang nak jadi FullTimer..Jika DISIPLIN anda hangat-hangat tahi ayam,better buat PartTime sahaja..
Jangan tipu diri anda dengan keselesaan masa yang ada..
Masa bukan untuk dibuang,tapi untuk diguna..
Pecahkan pendapatan harian, mingguan atau bulanan kepada 4 bahagian utama.
1. Modal Mula
2. Modal Pusingan
3. Untung
4. Simpanan
Katakan modal hari ini RM50, sehabis baik dengan usaha bersungguh dan tawakkal ( berharap ) kepada Allah dengan menyerah diri akan apa juga ketentuanNya.
Kerja ! Kerja ! Kerja !
RM200 adalah sasaran minima anda. Selagi tak capai anda ada dua pilihan. Terus bertahan dalam pemanduan dan menantikan trip supaya angka pendapatan harian mencecah RM200 atau Turn OFF. Offlinekan aplikasi dan balik berehat. Mungkin Allah sudah tentukan rezeki harian anda bukan RM200. Walau demikian jangan marah hampa dan kecewa ya, mungkin Allah uji sebab esok hari nak diberikan RM400.
Bersangkabaiklah. Allah tak pernah menzalimi umatnya malah mengasihi dan menguji sejauhmana ketabahan hati masing-masing.
Kadang-kadang sebab Allah nak beri trip luar biasa gempak. Jangan berhenti berharap. Allah jugalah sebaik-baik perancang kejadian tiap-tiap sesuatu.
.
.
.
Kenapa RM200 ???
.
..
...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.