SINGKATNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK-ANAK
Pada suatu ketika dulu rumah ini dipenuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan pelbagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka...... kedengaranlah jeritan si ibu suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke mesin basuh.
Pagi esoknya... seorang akan bertanya ibu. "Ibu... mana pensil saya."
Kemudian seorang lagi bertanya... "Bedak mana ibu?" "Anak tudung saya mana ibu?
Ibu segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."
Dan sekarang bila apabila ibu buka pintu bilik anak2...😔😔😔 ada katil yg dah kosong. Tempat sangkut baju pun... sikit bajunya.
Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Ibu boleh cam mana satu bau anaknya. Setiap anak punyai bau istimewa masing2. Jadi...ibu pun hidu udara bilik itu sedalam2nya untuk hilangkan rindu kepada anak2.
Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA... kehangatan badan anak2 di bawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anak2 buka atau tutup
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Dan ibu/ayah sentiasa memohon...
YA ALLAHHH...peliharalah anak2ku walau di mana jua mereka berada. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Penyayang.
Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari...
Credit to Elyna
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.