Terkini :

Visit Malaysia 2017 | Melawat Malaysia 2017

~*~ Panduan perjalanan bagi yang tak mampu, tapi ingin melancung keluar negara boleh dilakukan hanya dalam masa sehari.

Datanglah ke Kuala Lumpur...

Ambil LRT atau Monorail dan turun di stesen *Masjid Jamek*. Anda akan mendapati diri anda berada di sebuah bazar besar di Pakistan.

Berjalan ke *Lebuh Ampang* anda akan mendapati anda berada di India, dengan menikmati makan tengahari masakan vegetarian India yang asli.

Bergerak terus ke *Jalan Silang.* Anda akan memasuki negara Nepal, Myanmar dan Vietnam pada satu masa tanpa  sempadan. Mereka semua hidup becampur di sini.

Selepas itu segeralah menaiki bas atau monorel untuk ke *Jalan Bukit Bintang.* Aloha..! Serta-merta anda sedang menjelajah Afrika, Arab, China dan Uzbekistan. Disini adalah syurga makanan. Makan malam di sini, selepas itu bolehlah mendapatkan servis urut kaki, badan atau apa yang anda ingin diurut. Disini juga banyak pakej promosi untuk segalanya dan apa saja yang boleh diurut.

Seterusnya dengan menaiki bas ke Jalan *Chow Kit* anda akan sampai ke Indonesia. Terdapat Jawa Timur, Jawa Barat, Madura, Bali dan hampir semua daerah di Indonesia cair menjadi satu. Anda tidak akan dapat merasai keadaan tersebut walaupun anda pergi ke Indonesia sendiri..

Tourism Malaysia perlu mempromosikan negara kita sebagai *"Melawat Malaysia adalah seperti Melawat Merata Dunia"*. 🤔😭😅😝

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.