Terkini :

Sedekah Mengerat Hubungan Kerabat

*Sedekah Mengerat Hubungan Kerabat*

عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ فَإِنَّهُ بَرَكَةٌ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْرًا فَالْمَاءُ فَإِنَّهُ طَهُورٌ و قَالَ الصَّدَقَةُ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَهِيَ عَلَى ذِي الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

_*Dari Salman bin 'Amir, sesungguhnya  Nabi SAW, baginda bersabda: "Jika kalian berbuka maka berbukalah dengan buah kurma kerana buah kurma mengandungi keberkahan, jika kalian tidak mendapatinya, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya air itu suci." Baginda juga bersabda: "Sedekah kepada orang miskin hanyalah sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat akan mendapatkan dua (pahala) iaitu pahala sedekah dan menyambung silaturrahim.*_ (HR Tirmizi No: 594) Status: Hassan

*Pengajaran:*

1.  Jika kita berpuasa, sunat berbuka dengan kurma terlebih dahulu kerana pada buah korma ada keberkahan antaranya dari aspek kesihatan.

2.  Jika tiada kurma, berbukalah terlebih dahulu dengan air sebelum makanan lain.

3.  Amalan bersedekah adalah dituntut kepada setiap Muslim khususnya kepada ahli kerabat (saudara mara).

4.  Sedekah kepada kerabat akan mendapat dua pahala: pahala sedekah dan pahala menyambung silaturrahim.

5.  Jangan sampai sedekah kita sia-sia. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:

وَقَالَ:"يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ لا يَقْبَلُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَدَقَةً مِنْ رَجُلٍ وَلَهُ قَرَابَةٌ مُحْتَاجُونَ إِلَى صَدَقَتِهِ، وَيَصْرُفُهَا إِلَى غَيْرِهِمْ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ"

“Wahai umat Muhammad, demi Allah yang telah mengutusku dengan kebenaran, Allah tidak akan menerima sedekah seseorang yang mempunyai kerabat yang memerlukan bantuannya, sementara ia memberikan sedekah atau bantuan itu kepada orang lain. Dan demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamannya, Allah tidak akan memandangnya di hari kiamat nanti”. (HR. Thabrani No: 1252)

Ayuh eratkan perhubungan dengan kerabat terdekat melalui amalan menderma kepada kerabat terdekat yang memerlukan.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.