Terkini :

Gong Xi Fa Cai 2017 | Dapat Ang Pow !!!

Request di terima seminggu lebih awal. Ternyata dia bukan calang-calang orangnya dalam pengurusan masa.

Tempahan dicatatkan. Hari berlalu sehingga ke tarikh diberikan. Bila tiba harinya. Pemandu UBER Penang dengan jentera Proton Exora berfungsi baik.

Semua tetapan laluan dibuat dan disiapkan untuk trip kali ini. Entah mcmana, tiba-tiba aircond dikesan tidak berfungsi baik.

Dalam pada masa yang sama. Kebetulan seorang rakan dari Kelab Exora Owners Club Motorsport ( ExoraMotorsport ) ... dengan jentera Proton Exora kesayangannya berniat untuk "berjejakkasih" kali pertama.

Tanpa berfikir panjang. Hubungi rider utk pertukaran jentera. Alhamdulillah. Permohonan diterima. Jentera sokongan yang dipandu Bro Jiey kita sampai lokasi.

Harapan dipanjangkan dan mujur pula tiada penolakan. Ini bukan kali pertama Bro Jiey mempersiapkan RiderRequest yang diterima Pemandu UBER Penang.

Namun, kali ini agak berbeza kerana 2 pemandu dengan 1 jentera membawa 1 rider ke lokasi dirancang.

Bagaimana ianya berfungsi ?. Ini adalah kelebihan kami. Sokongbantu yang akrab terbina apabila jalinan perkenalan diterap seawal perkenalan kali pertama.

Madam Cecillia bukanlah kali pertama bersama UBER namun ini adalah pengalaman pertama kami membawa beliau dengan cara berbeza dan beliau adalah ridernya.

Perjalanan riuh dengan sembang dan bicara. Bertukar cerita dan segala maklumat perlu. Sehinggalah perjalanan tiba ke destinasi Penang International Airport dengan tanpa masalah.

Akhir perjalanan kami diserahkan "AngPow" yang di dalamnya cuma Tambang UBER. Bukan tips yang ingin diceritakan. Tetapi ketelitian dan rapinya beliau persiapkan tambang.

Ini juga pengalaman bermakna buat kami berdua. Belum pernah kami terima bayaran dengan sampul wang tunai sepertinya selama kami bergelar Pemandu UBER di Pulau Pinang.

Kami berpisah dengan rider ( Mdm Cecillia ) ke lapangan pendaftaran.

Terima kasih madam kerana memberi pengalaman pertama buat kami terutama sekali buat admin dan terima kasih juga buat Bro Jiey yang sudi membuat backup dalam trip kali ini.

Sekian. Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.