Alhamdulillah selesai tugasan. Ini merupakan perkhidmatan penghantaran dengan UberXL untuk kali yang ketiga bersama Pemandu UBER Penang.
Melihat raut wajahnya nampak orangnya agak tegas dan lembut. Trip kali ini membawa pulang Tn Fadhil, isteri, anak-anak dan ibubapa daripada Penang International Airport Bayan Lepas ke lokasi kediaman.
Isteri beliau pula lebih kepada lembut sopan dan santun namun agak pendiam. Anak-anak juga lebih kepada pendiam dan nampaknya seperti kurang bercakap.
Admin yang gemar bersembang dengan rider adakalanya mati kutu bila membawa rider yang tergolong dari kategori ini. Namun bernasib baik kerana bapa Tuan Fadhil sudi bersembang sepanjang perjalanan.
Di dalam trip sebelum, iaitu semasa penghantaran ke airport untuk perjalanan jarak jauh beliau sekeluarga ke tanah suci Makkah al Mukarramah bagi mengerjakan umrah secara berkumpulan, ayah beliau jugalah peneman admin.
Seawal 5:30 petang admin dah bersiap sedia di airport dengan menjangkakan lebih kurang sekitar 6:00 petang mungkin boleh memulakan perjalanan. Apapun Allah jugalah yang Maha Merancang. 6:30 petang baru dapat pickup keluarga Tuan Fadhil kali ini.
Tak disangkakan pula dengan sedikit kelewatan dalam trip terdahulu, Tuan Fadhil masih sudi menggunakan perkhidmatan Pemandu UBER Penang. Oleh yang demikian, admin datang lebih awal dari sepatutnya.
Namun, ada lagi kekurangan. Kenderaan tak berapa indah hari ini dek kerana hujan dan becak sebelum waktu pickup disetkan. Hadoiii. Terlihat juga mata beliau memandang kekurangan tersebut. Berderau rasa hati. Tuhan je yang tahu.
Sambil memunggah. Tuan Fadhil menghadiahkan buah tangan paling jauh dalam sejarah admin bergelar Pemandu UBER di Pulau Pinang. Sekotak/sebalang Air Zam-Zam dari Tanah Suci !!!.
Berbangga ?, mestilah berbangga sebab kalau nak diizinkan pergi nampaknya seperti belum tiba masanya. Ini kenangan terindah buat admin. Terima kasih Tuan.
Perjalanan dimulakan dengan 2 MPV. Kenderaan admin bergerak lebih awal dari MPV milik keluarga Tuan Fadhil. Perjalanan ditamatkan dan kami selamat sampai ke kediaman lebih kurang selepas waktu Maghrib.
Jadi kami tak bersembang panjang kerana masing-masing perlu kejar masa kerana Solat Maghrib yang belum ditunaikan.
Kali ini bayaran dibuat dan lebihan RM dihadiahkan oleh isteri dan anak beliau sepertimana trip yang sebelumnya. Alhamdulillah. Moga murah rezki tangan yang memberi.
Kami berpisah setelah segalanya selesai untuk tujuan masing2.
Sekian.
Jumpa dan Jumpa Lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.