Blh ajak bincang satu bnd ngan otai2 @ senior x?
Dlm insurance ada nyatakan, utk insurance kenderaan persendirian membolehkan driver mengambil upah utk membawa penumpang ( boleh rujuk dlm gambar bwh ni ), manakala utk kenderaan perdagangan pula mmg perlu semua bnd termasuk permit dan juga urusan puspakom dua kali setahun.
Jd, apa yg sy nk tekankan pd isu PSV ni, kita xperlu ada pun xpe, sbb kita bkn dlm kategori perdagangan mcm teksi, sbb teksi mencari rider @ passengers, manakala kita sebagai driver Uber xperlu mencari rider @ passengers, sbb mereka yg mencari kita.
Kita hanya mengambil upah sahaja. Sehubungan itu, xperlu ada isu yg memperbandingkan apa yg teksi ada dan Uber xde.
Apa yg sy risaukan, adalah, kita sbgai driver bukanlah driver 24 jam seperti teksi, rata2 adalah part time, xmustahil kalau mereka dah kuatkuasakan psl PSV, bnd lain diorg berani nk tekan pd kita,
Sbgai contoh, insurance kenderaan d tukar kpd jns perdagangan, urusan puspakom setahun dua kali ( bnd ni pun satu hal juga, sbb bkn sng nk lulus utk ujian puspakom, kebiasaan yg sering gagal dlm ujian puspokom adalah break dgn alignment ), bnd lain kita xtau lg, jd d sini, sy meminta cadangan otai2 beri pencerahan.
Sama ada bnd ni adakah berbaloi ataupun tak, sbb bnd semua kalau kena buat, xnmpak untung mana pun, baik xpayah buat Uber, kalau hasil titik peluh hbs kat bnd mengarut.
Mohon pencerahan..
Jawapan :-
Pencerahan Apa Lagi Nak Dik ?. Cerah dah tue. Hidup enjin, buka aplikasi, pulas stereng, cari rezki. Apa nak kalut dengan benda tak pasti.
Pertamanya kalau Pemandu UBER diwajibkan PSV dan Permit. Agak2 tak ke berlaku masalah susulan ?
Tentulahkan. Jadi sebab apa ?. Sesiapa jer yang tanye adik jawab je macam ni.
Kita pemandu uber adalah pemandu peribadi.
Kita ambil upah bila khidmat kita digunakan.
Kita tak ganggu sesiapa kalau kita faham.
Faham konteks rezeki itu kerja Tuhan.
Jadi kita kena kerjakan tugas kita.
Marketing Jangan Putus.
Tugas kita rajin usaha.
InsyaAllah, Ada.
Rezki Kita.
OKBye.
:-)
Kalau PSV n Permit DiWajibkan. Atas sebab apa dan kenapa kita kena tahu n faham betol2. OK ada yang kata kerajaan kena bersikap adil.
Antaranya kerana dengan menjana pendapatan melalui trip seumpama kita adalah TEKSI.
Awak kata. Saya tak. Sebab pada saya UBER bukan TEKSI. tapi FriendlyRide. Beza ? Memang Berbeza. Baloi ?. Berbaloi-Baloiii.
OK ADIL !. Apa yang nak diadili dan apakah adil dalam konteks perkara sebegini. Perhatian diberikan sama rata utk teksi. Adakah ianya cukup samarata utk UBER Driver ?
Kalau kerajaan wajibkan kesamarataan. Adakah pemandu UBER akan meminta kesamarataan juga ?
Pemandu UBER Separuh Masa tak akan rasa dunia kami. Kami pemandu UBER sepenuh masa. Ini periuk nasi kami. Sama macam diorang yang kata ini periuk nasi kami.
Ada beza ?
OK nak sama ?. BOLEH !
Kerajaan kena pertimbangkan benda ni betol2. Entiti yang melabur disebalik UBER itu siapa. Mampukah tergugat @ digugat ?.
atau Kalau sebelah sana boleh dapat :-
1. Subsidi Tayar Secara Tahunan
( Adakah Pemandu UBER Akan Tengok Sahaja )
2. Subsidi Tol Separuh Harga
( Adakah Pemandu UBER Akan Tengok Sahaja )
3. Dan lain-Lain Lagi.
Kalau pun iyyerlahkan. Agak2nye adakah harga UBER akan kekal sebegini murah dalam tiada sebarang sokongan n galakan dari pihak kerajaan ?
Kerajaan boleh baca dik. Kalau UBER Driver juga menuntut hak. Masalah bertambah bukan diselesaikan.
Admin rasa. Kita jangan pikir sangat benda ni. Bagun subuh. Mandi sunat. Solat dan Doa. Minta dsemuanya dimulakan dengan baik dan diakhiri juga dengan baik. Mohon dipermudahkan urusan. Cekal, ikhlas, bersemangat dan istiqomah. insyaAllah yang lain-lainnya Allah akan tunjukkan jalan.
Akhir kalam ... Kekallah Bersemangat walau Dipandang Sebelah Mata.
Driver Uber Tak Cari Rider
Driver Uber Bukan Ulat Tapi Orang
Prebet Sapu Professional
Ahaks !!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.