Q : Kereta saya dah 9 tahun, layak ke untuk renew online?
A : Ya layak. Untuk lakukan pembaharuan secara online , kereta yang layak ialah yang 15 tahun ke bawah.
Q : Apakah beza insurans/takaful kereta 1st party dan 3rd party?
A : Undang-undang jalanraya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga untuk melindungi kepentingan dan hak orang lain. Bermakna, ada pihak yg akan menangung liabiliti akibat kecuaian pemegang polisi.
Contoh:
1. Kereta A melanggar tembok rumah. Tuan rumah boleh claim dari insurans pemilik kereta.
2. Kereta A melanggar pejalan kaki. Insurans akan menanggung kos perubatan dan gantirugi termasuk yang menyebabkan kematian dan kiraan nafkah hidup untuk mangsa.
3. Kereta A melanggar kereta B. Untuk itu, Kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A.
Sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan milik sendiri, maka pemilik tidak boleh buat tuntutan dari insurans sekiranya tidak mengambil Insuran Pihak Pertama (1st party) yang juga dikenali sebagai comprehensive/ standard/ lengkap.
Ini bermakna selain dari pengguna lain, kenderaan milik sendiri turut dilindungi pihak insurans. Perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya.
Jika kenderaan sudah habis di bayar, pemilik ada pilihan untuk gunakan insurance 3rd party.
Q : Apa itu NCD (Non Claim Discount)?
A : Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan memberikan anda bonus/ diskaun. Peratusannya adalah seperti berikut:
1st year = 25%
2nd year = 30%
3rd year = 38.33%
4th year = 45%
5th year = 55% (maksimum)
NCD boleh dipindahkan mengikut pemilik dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yang lain.
NCD juga boleh dipindahkan sekiranya anda membeli kereta baru.
Sekiranya anda membuat tuntutan, NCD anda akan hilang, maknanya anda perlu membeli insuran tanpa mendapat diskaun.
Q : Jika owner kereta tu dah meninggal selama 7 tahun dan tak pernah renew selama 7 tahun tu. Boleh ke saya renewkan kereta tu? Nama owner kereta tu masih lagi atas nama orang yang dh meninggal belum tukar lagi. Owner tu ayah saya.
A : Ya boleh jika anda mempunyai surat dari mahkamah kebenaran untuk waris. Anda perlu membuat inspection PUSPAKOM sebelum renew insurans & roadtax. Anda hanya perlu hubungi wakil PUSPAKOM dan buat temujanji dengan mereka untuk lakukan inspection kereta di rumah anda. Setelah lulus, pihak PUSPAKOM akan memberi anda surat untuk anda gunakan untuk kegunaan pembaharuan insurans.
Q : Adakah kereta saya layak untuk renew online? Apa syarat-syarat untuk renew online?
A : Di bawah adalah senarai kenderaan yang TIDAK BOLEH untuk buat online n renew sendiri.
1. Kenderaan komersial/digunakan utk tujuan menjana pendapatan (bas/lori) - hanya boleh kenderaan utk kegunaan peribadi
2. Motosikal
3. Insuran tamat lebih drp sebulan
4. Tarikh akan luput lebih drp 2 bulan
5. Third party
6. Jumlah perlindungan
> Lebih drpd RM200K &
> Kuasa Kuda ( CC ) lebih drpd 3.0
7. Model PANAS
> Toyota Hilux
> Isuzu Dmax
> Nissan Frontier
> Mitsubishi Storm
> Mitsubishi Triton
> Ford Ranger
Jika kenderaan anda tidak ada dalam senarai di atas bermakna kenderaan anda layak untuk buat roadtax secara ONLINE.
Q : Apakah faedah Extension & hubungkaitnya dengan NCD ?
A : Perlindungan seperti banjir, windsreen dan accessories merupakan extension dari perlindungan komprehensif. Polisi insurans komprehensif tidak akan melindungi tuntutan disebabkan banjir, kecurian aksesori atau cermin pecah (melainkan pecah akibat kemalangan yang teruk).
Begitu juga pokok tumbang akibat ribut @ uprooted trees melainkan pokok yg tumbang sendiri akibat struktur yg tua atau ditebang.
Contoh-contoh Extension yang boleh ditambah pada polisi insurans komprehensif :
> Windscreen
> Passenger liability – dalam kemalangan membabitkan kecederaan, keilatan kekal atau kematian, semua penumpang akan dilindungi oleh insuran.
Damage other than accidents, contohnya seperti:
> Banjir
> Tanah runtuh
> Dahan pokok jatuh disebabkan ribut
Jika anda extend dan kemudiannya membuat tuntutan ianya tidak akan mengurangkan/menghilangkan NCD.
.
.
.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.