Dalam kita mencari nafkah untuk keluarga tanpa mengira penat lelah dan mengalah, kedapatan satu taktik penipuan menggunakan wang palsu sebagai ujian. Taktik licik ini adalah bagi mengaburi pihak tertentu supaya terlepas daripada "kantoi".
Sedikit perkongsian daripada admin yang juga tidak terlepas daripada cubaan ini oleh mereka-mereka yang mencuba nasib ke atas Pemandu-Pemandu UBER di Pulau Pinang.
Bagaimana ianya berlaku ?
Panggilan akan dibuat sepertimana biasa dan akhir perjalanan semasa proses pembayaran taktik ini akan dilakukan. Sekiranya anda mengesyaki bahawa wang kertas tersebut adalah mencurigakan, langkah di bawah boleh dicuba sebagai pertahanan pantas dan cepat bagi mengelakkan ditipu.
Apabila diberikan wang yang disyaki palsu ( rasa dengan jari tangan dan bandingkan wang kertas asli dengan yang sebaliknya ).
Adakalanya bukan semua orang memiliki kemahiran merasai permukaan duit wang kertas palsu yang mana biasanya didatangkan dalam nilai yang besar seperti RM50.00 dan RM100.00.
Bagaimana mempelajari teknik merasa permukaan dan helaian kertas wang palsu ?.
Antara cara yang boleh dicuba adalah dengan berguru dengan pegawai bank, pengurus kiosk pertujaran wang asing, pemberi pinjaman wang berlesen atau sesiapa juga yang mempunyai kepakaran tersebut.
Selain daripada mereka yang sememangnya telah dikenali sebagai pakar wang, orang-orang buta juga boleh dijadikan guru. Kenali seramai mungkin dikalangan mereka dan bertanyakan bagaimana mereka membezakan wang palsu dan wang kertas asli.
Antara teknik paling selamat adalah dengan mematikan trip bersama riders dan tukarkan wang kertas tersebut dimana-mana kedai 24 jam berhampiran. Jauh sedikit adalah lebih berbaloi daripada pulang dengan tangan kosong.
Memiliki @ mengedar atau memiliki dan mengedarkan wang palsu adalah satu jenayah. Pastikan anda tidak dipersalahkan kerana sebab orang lain yang tidak bertanggungjawab.
Selebihnya cuba-cubalah bertanyakan wang yang lebih kecil dan tentunya bukan RM50 bila dihulur untuk pembayaran adalah wang RM100. Mengesyaki RM100 adalah palsu maka tindakan susulannya adalah mengesyaki juga RM50 berikutnya yang dihulur juga adalah palsu.
Apapun jangan mengesyaki semua rider sama sebaliknya bersangkabaik selalu sambil beringat di dalam taktik licik ini setiap masa.
Semoga bermanfaat.
Nota : Teknik mengelakkan tertipu wang palsu berjumlah besar.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.