Mereka datang dari latarbelakang yang berbeza dan negeri yang berlainan. Menumpukan pengajian di dalam bidang kejuruteraan di UiTM Permatang Pauh.
Perjalanan mereka bersama Pemandu UBER Penang habermula dilokasi pagar universiti dan berakhir kembali juga di pagar universiti.
Menggunakan UBER apps hanya beberapa kali dan ramai dikalangan mereka adalah merupakan pengalaman kali peetama.
Pendaftaran UBER Riders dikongsi. Invitation link diagihkan sesama mereka. Respond yang amat baik diterima sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah, secret of UBER berjaya dikongsikan sebaiknya oleh admin buat mereka untuk dipraktikkan di masa akan datang.
Perjalanan dimulakan dari UiTM Permatang Pauh menuju ke Terminal Bas Bersepadu ( Sementara ) di Butterworth untuk tujuan belian tiket bas. Cuti semester yang akan bermula sekitaran tempoh 2 minggu lagi menyebabkan belian harus dibuat awal.
Pengurusan masa yang baik daripada 5 pelajar UiTM Pernatang Pauh ini harus diambil perhatian buat pelajar lain yang gemar membuat keputusan dan tindakan di saat-saat akhir.
Selain sangat peramah dan sangat mesra, 5 pelajar ini juga suka berseloroh dan perjalanan menjadi sangat ceria. Admin yang sering bercerita juga menjadi sangat gembira bila perjalanan disambung pula ke destinasi berikutnya iaitu Sunway Carnival Mall.
Admin berlepas meninggalkan lokasi setelah kesemuanya turun dan sampai dengan selamat.
Panggilan semula telah dibuat selepas beberapa jam berada di pusat membeli belah untuk kembali ke kediaman pelajar. Keadaan trafik yang sesak akibat pertambahan jumlah kenderaan sedikitpun tidak membuatkan admin rasa teraniaya.
Mereka juga yang menantikan kehadiran Pemandu UBER Penang dicelahan ratusan kelibat manusia di perkarangan lobby masih kekal ceria walau ketibaan sedikit lewat.
Akibat perkenalan ini, semuanya diterima sebagai suatu anugerah yang bermakna dan buat admin sendiri. Pertemuan kali ini adalah antara pertemuan yang agak best.
Apapun juga maksud tersurat dan tersirat biarlah admin simpan sebagai suatu kenangan yang bermakna. Buat mereka biarlah ianya pengalaman UBER yang akan diingati sampai bila-bila.
Perjalanan diteruskan ke UiTM semula menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan >> Jalan Baru >> Jalan Permatang Pauh. Laluan Taman Sutera nampaknya agak sibuk dan ianya pasti akan membebankan mereka berlima.
Semuanya baik-baik sahaja hinggalah ke drop point diarahkan dan mereka semua ditinggalkan.
Terima kasih menggunakan perkhidmatan pwnghantaran UBER bersama Pemandu UBER Penang.
Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.
InsyaAllah dan Aamiin.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.