Rozaidi dengan nama DidiMax adalah seorang usahawan Cucian Kereta. Hari ini adalah hari kedua dia memandu sebagai Pemandu UBER di Pulau Pinang. Mendaftar melalui online tanpa sifu yang membimbing membuatkan Pemandu UBER Penang yang juga mengenali beliau rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu UBER bersama.
Perjumpaan dirangka dan dilaksanakan di lokasi Restoran Sejati Gemilang Bandar Perda, beliau juga adalah pembekal alatan kelengkapan tentera dan polis di Pulau Pinang.
Pengendali kumpulan alat komunikasi tekan cakap ( walkie talkie ) yang berpangkalan di Seberang Perai Tengah.
Berjinak dengan UBER menjadikan komunikasi dua hala kami semakin acap kali. Zello adalah perisian TEKAN CAKAP PERCUMA yang boleh dimuatturun di Google PlayStore atau melalui laman sesawang http://www.zello.com. Komunikasi kami adalah menggunakan jaluran Zello di Channel "Pemandu UBER Penang".
Selepas makan tengahari perbincangan dan serba sedikit ilmu yang ada tentang UBER dan kaedah mengendalikan perniagaan perkhidmatan penghantaran UBER dikongsikan bersama. Soalan demi soalan dan jawapan demi jawapan bertukar-tukar silih berganti.
Lebih kurang 1 jam masing-masing selesai makan dan berkongsi. Aplikasi UBER Driver yang dimatikan kini dihidupkan.
Telefon admin berdenting menandakan satu panggilan di lokasi Taman Gemilang Ria Bukit Mertajam perlukan bantuan. Kami berpisah dengan haluan masing-masing.
DidiMax yang menerima panggilan ke Bukit Tengah juga meninggalkan restoran untuk tugasan masing-masing.
Selamat MengUBER Sahabat.
Selamat Perginya dan Selamat Kembalinya.
Selamat Maju Jaya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.