Kakak kita ni dapat no PakDin di Online katanya. Dimana PakDin pun lupa nak tanya. Apapun kakak kita ni juga memerlukan perkhidmatan penfhantaran UBER bersama Pemandu UBER Penang.
Chat bermula. Bertanya untuk kepastian tentang itu dan ini. Akhirnya kesepakatan dizahirkan dan deal dibuat. Entah macamana ada satu job yang tak dapat dielakkan sedang menjengah telefon. "Someone Need the HELP".
Dek kerana lokasi yang diminta berlawanan dengan lokasi semasa PakDin terkini. Maka, PakDin hebahkan dalam Group Geng UBER. Tetapi tak ada yang respond. Mungkin kali ini masing-masing sibuk dengan trip. Dengan demikian, bantuan sahabat UBER Driver yang baru Bro Wong akan digunakan.
Bro Wong dengan relahati membalas sedia berkhidmat dan terima kasih dihulur mwnandakan replacement DRIVER akan dibuat hari ini dilokasi tersebut. Semuanya diharap berjalan lancar dengan rider dapat ke lokasi dan driver dapat menepati.
Terima kasih semua yang terlibat. Sebarang tempahan perjalanan jarak pendek, jarak sederhana dan jarak jauh adalah dialu-alukan buat semua UBER Riders di Pulau Pinang. Sekiranya permintaan GAGAL dipenuhi. Maka, DRIVER sokongan akan PakDin kawtimkan siap-siap.
Semoga perjalanan tak terganggu. Reputasi tak jatuh. Kita bersahabat selamanya. Walaupun UBER telah Tiada. Wallahua'lam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.