Oleh : STAFF JKKM pada 25 NOVEMBER 2016
Pernah anda terfikir hendak bekerja di luar negara? Mesti anda terbayang kalau belajar pandai-pandai dan mendapat keputusan yang sangat membanggakan, berkemungkinan tinggi anda mendapat tawaran bekerja di luar negara, apa tindakan yang perlu dibuat sebelum berhijrah ke oversea. Oh ya, kalau kelulusan anda tidaklah tinggi, masih boleh bekerja di luar negara dalam bidang buruh kasar tetapi pada gaji yang sangat lumayan.
Mesti gaji bekerja di luar negara sangat lumayan berbeza dibandingkan bekerja di dalam negara sendiri. Lagipun pada zaman kegawatan ekonomi sekarang, jawatan kosong di Malaysia tersangatlah berkurang. Pekerja Petronas sahaja dibuang sehingga puluh ribu orang, apatah lagi pekerja di syarikat biasa. Apa yang perlu anda lakukan jangan melulu untuk terus ke luar negara. Berikut beberapa tips jika anda bekerja di luar negara.
1. Visa
Apa yang perlu ada jika seseorang yang ingin berhijrah atau bekerja di luar negara? Jawapannya adalah Visa merupakan sebuah dokumen yang penting dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi memberi keizinan kepada pelawat luar untuk masuk ke negara tersebut dalam tempoh waktu dan tujuan tertentu.
Tempoh visa adalah terhad, di mana anda tidak dibenarkan tinggal di negara tersebut sekiranya tempoh masa telah tamat. Jika anda bercadang bekerja di luar negara sudah pastinya anda merancang untuk tinggal lebih lama dari 3 bulan, so anda perlu adanya visa. Mudah saja anda hanya ke kedutaan negara dan mohon visa ke negara tersebut.
2. Permit Pekerjaan
Pernah anda tahu apa itu permit pekerjaan? Untuk pengetahuan anda, bahagian paling sukar adalah untuk mendapatkan permit pekerjaan. Sekiranya anda bekerja tanpa adanya permit pekerjaan, anda dikira melakukan kesalahan yang besar. Berkemungkinan anda boleh didenda, dipenjara atau dihantar balik ke negara asal.
Diberi dua pilihan sama ada anda sudah memiliki permit pekerjaan terlebih dahulu sebelum memohon bekerja di mana-mana syarikat atau mencuba nasib agar majikan menyediakan permit atau menawarkan pekerjaan terlebih dahulu kepada anda.
3. Permit Penduduk
Sekiranya anda memohon permit penduduk, terlebih dahulu anda perlu memiliki permit pekerjaan. Permit penduduk adalah kad pengesahan yang menyatakan anda adalah seseorang penduduk di negara tersebut. Kebiasaanya, permit ini diberikan untuk orang yang tinggal dan bekerja di sesebuah negara itu.
Semoga informasi ini sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda yang ingin bekerja di luar negara dan menetap di sana.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.