Suatu pagi yang lepas. Saya dipanggil untuk membuat satu penghantaran. Sebagai UBERXL penumpang maksima dibenarkan adalah seramai 6 orang.
Namun, pada hari berkenaan Guru Tabika Perpaduan Pangsapuri Permata, Bandar Perda ( Cikgu Azimah ) inginkan trip ke Tabika Perpaduan Bandar Perda di alamat Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda.
Seramai XX orang pelajar, ibu dan penjaga dikehendaki berada di dewan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda untuk suatu majlis sekitaran jam 8:00 pagi hari berkenaan.
Disebabkan kerana ini, UBER Driver bantuan dipanggil untuk membantu. Sahabat UBER Driver terhampir ketika itu adalah UBER Driver Amirudin.
Amirudin telah dipanggil untuk ke lokasi pickup dan bergerak secara konvoi ke lokasi diminta. Semuanya berada di dalam keadaan selamat, baik dan terkawal. Alhamdulillah dan terima kasih UBER Driver Amirudin yang sudi membantu.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.