Terkini :

Terima Kasih Cikgu !

Mereka adalah dua orang guru yang mesra dan petah bahasa melayu. Guru bahasa inggeris yang juga adalah Pemandu UBER di Pulau Pinang. Manakala seorang lagi merupakan pengguna aplikasi dan perkhidmatan penghantaran UBER kali pertama.

Seawal dijemput dilokasi KTM Station Bukit Mertajam, hati bertanya kemanakah agaknya lokasi rider kali ini.

SMS pemberitahuan dihantar. Lokasi dikembalikan. Trip akan ke Taman Keranji Kulim Kedah. Walau namanya melintasi sempadan negeri Pulau Pinang dan Kedah namun sebenarnya hanyalah bersebelahan.

Pengesahan diberikan. Riders diambil dan disapa seperti biasa. Bagasi disiapkan dan rider dijemput duduk dan bersedia. Skrin diseret dan perjalanan dimulakan.

Bagi jarak perjalanan sederhana begini, intro diri akan diberi. Kemudian pilihan laluan dibuka samada peta navigasi atau laluan sendiri. Maka laluan sendiri menjadi pilihan.

Sepanjang perjalanan kami berkongsi cerita tentang UBER dan lain-lain. Suasananya amat harmoni. Riders selesa berbicara ... admin juga diberikan kebenaran untuk beraksi.

Akhirnya perjalanan tanpa disedari telahpun sangat menghampiri kediaman ibu salah seorang daripada mereka. Sebagai seorang kawan mempelawa rakan yang sama-sama sejawat adalah suatu yang mesti dikekalkan. Berkenalan antara keluarga dan bermesra mengenali antara satu sama lain.

Kami berpisah selepas RM tambahan dihalalkan. Baki wang dianggap hadiah. Terima kasih banyak-banyak cikgu.

Selamat Maju Jaya
Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.